Pelawak terkenal, Achey Bocey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 35 sememangnya dilihat sebagai seorang selebriti yang bekerja keras.
Ada sahaja aktiviti yang dilakukan melihat dari hantarannya di media sosial. Dia juga sememangnya tidak lokek berkongsi tentang kehidupan sehari-harinya di Instagram terutamanya buat para peminat serta peluang untuk mempromosikan perniagaan.
ARTIKEL MENARIK:Ibu Syamsul akhirnya dedah perkara ini selepas ramai tertanya hubungan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah
Wakilkan suami minta maaf
Walau bagaimanapun, muat naik terbaru di Instagramny membuatkan ramai berasa khuatir dengan tahap kesihatan pelawak tersebut yang dimaklumkan oleh isteri dalam keadaan kurang sihat.
Demam tinggi dan sakit2 badan
Isterinya, Noor Hasanah Yahya atau Anne mewakilkan suaminya untuk memohon maaf kepada mana-mana pihak andai ada kerja yang tertangguh memandangkan Achey tidak berapa sihat dan sedang menerima rawatan.
Dalam perkongsian Anne lagi, pelawak berkenaan mengalami demam tinggi dan badan sakit-sakit. Namun, selepas beberapa kali melakukan ujian saringan Covid-19, keputusan didapati negatif.
Demam beransur baik, masih lagi lemah
Selepas mendapat rawatan dan menerima suntikan ubat, Achey dilihat beransur pulih namun masih lemah. Isterinya meminta untuk terus berehat buat seketika memandangkan dia terlalu penat bekerja dan kurang berehat sejak kebelakangan ini.
Positif C0vid
Assalamualaikum ramai tanya, ramai mendoakan, tapi saya mmg tak larat 2hari lepas…harini semakin baik… terima kasih dan maaf jika saya menyusahkan ramaiii orang… termasuk kerja2 yang dah di lock tarikhnya
Semoga cepat sihat Achey
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen dengan mendoakan agar Achey terus diberi kesihatan dan kembali pulih seperti biasa.
Mereka juga meminta agar selebriti itu banyakkan berehat memandangkan dia ‘rancak’ menguruskan perniagaan dan aktiviti seni walaupun jarang di kaca televisyen.
Lekas sembuh sahabat
Rehat Chey, kesihatan diutamakan via
إرسال تعليق