Rabu, 16 Februari lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin meminta golongan ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka divaksinasi, mengganggu ibu bapa yang mahu berbuat demikian.
Ini kerana ada pihak yang sanggup menyebar fitnah dengan mendakwa anak bongsunya hanya dicucuk dengan angin untuk mempengaruhi orang lain.
ARTIKEL MENARIK:Menang kes saman fitn4h, sampai Ali Puteh diperintah bayar RM60,000. Ini kata2 Hidayah
"Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin. Jangan kacau orang lain yang nak vaksin anak mereka," katanya.
Kenyataan Khairy itu mendapat perhatian pelakon Rita Rudaini yang juga meminta menteri berkenaan tidak mengganggu golongan yang enggan mendapatkan vaksinasi.
"Hang pun jangan kacau orang tak vaksin. Depa pun bayar tax, depa pun bayar bil bulan-bulan dan depan pun ada hak. Dunia ini bukan hang punya, bumi ini bukan ciptaan hang dan jangan kacau orang tak vaksin nak pergi masjid atau nak pergi ke mana-mana," tulisnya di Instagram.
Rita turut mengingatkan Khairy bahawa ada yang lebih berkuasa daripadanya. Malah nyawa Khairy juga bukan miliknya dan Allah sentiasa memerhati.
"Hang kena ingat, ada yang berkuasa dari hang. Hang kena ingat, nyawa hang pun bukan milik hang. Hang kena ingat, Allah itu sentiasa perhati. Hang kena ingat, roda selalu berputar. Tiba masa nanti hang akan jatuh dengan kuasa Allah," tulisnya.
nya.
Sumber: Astro Awani, IG Rita Rudaini via
إرسال تعليق