Lelaki 30 tahun bel4sah bapa tiri enggan beri wang. Rupanya ini yg dia nak beli

YAN: Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan polis selepas memukul bapa tirinya berusia 71 tahun yang enggan memberikannya wang untuk membeli bekalan dadah di Kampung Ruat, di sini, hari ini.

Lelaki 30 tahun bel4sah bapa tiri enggan beri wang. Rupanya ini yg dia nak beli



Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata pihaknya terdahulu menerima laporan daripada mangsa sekitar jam 10.45 pagi tadi.

ARTIKEL MENARIK:Meninggal dunia dalam sujud solat Dhuha. Rupnya arwah pegang jawatan penting dlm KWSP


Berdasarkan laporan, suspek dipercayai mengamuk selepas tidak diberikan wang untuk membeli dadah dan menendang bapa tirinya sebanyak dua kali pada bahagian dada serta muka.

“Suspek juga difahamkan telah menumbuk bahagian belakang kepala sebelah kiri menyebabkan telinga kiri mangsa mengalami kesakitan di rumahnya.
“Mangsa kemudiannya telah keluar dari rumah berkenaan dan duduk di luar rumah bersama isterinya.

“Bagaimanapun, suspek sekali bertindak kasar dengan menendang bahagian belakang badan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Gambar daripada rakaman video lelaki menendang bapa dirinya yang tular di media sosial hari ini. Foto Ihsan Pembaca


loading...


Katanya, mngsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Yan dan disahkan mengalami bengkak di bahagian telinga kiri akibat ditumbuk oleh suspek.

Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati suspek merupakan seorang pesakit ment4l serta memiliki kad orang kurang upaya (OKU) dan ia disahkan oleh ibunya.

Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek sekitar jam 6.45 petang di kawasan Lubok Boi, di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK)/18A Akta Keg4nasan Rumahtangga 2012.


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم