PERKHIDMATAN penghantaran makanan mendapat permintaan tinggi sejak tercetusnya pandemik beberapa tahun lalu.
Justeru, khidmat penghantar makanan atau lebih dikenali sebagai rider amat diperlukan dan muncul sebagai trend baru.
ARTIKEL MENARIK:Masih sudi memaafkan walaupun dilakukan macam ni ketika hamil. Youtuber serik rujuk semula hanya demi anak.
Seperti seorang pemuda, Owen Lindstrom,22, yang pada awalnya menjadi penghantar makanan sebagai eksperimen dan turut berkongsi pengalamannya melalui laman sosial TikTok.
Namun, walaupun hanya ‘cuba-cuba’, lelaki itu berjaya mengumpul RM83,000 sepanjang 100 hari!
Memetik Today.com, pelajar kejuruteraan elektrik itu turut bekerja di dua buah syarikat penghantar makanan iaitu Uber Eats and DoorDash.
Hasilnya dia cepat mahir dan mudah memahami selok belok pekerjaan itu di samping menggandakan hasil pendapatan.
Dalam pada itu, Lindstrom turut berkongsi beberapa tip melipat gandakan pendapatan. Antaranya ialah berkata menerima tempahan di kawasan yang mempunyai populasi tinggi.
Lebih-lebih lagi apabila berada di kawasan jeti, biasanya penghantar makanan boleh memperoleh pendapatan AS$300 atau bersamaan dengan RM1,255.65 sehari.
Manakala jika menerima tempahan di kawasan pekan kecil, tempahan yang diterima tidaklah sebanyak tempahan di kawasan pelabuhan.
Kata Lindstrom, pelanggan di bandar juga diakui jarang memberikan wang tambahan atau tip lumayan.
Pemuda itu turut berkongsi tip bahawa penghantar makanan seharusnya perlu mesra dan berbudi bahasa terhadap pekerja di restoran yang menyediakan makanan untuk dihantar.
Dalam pada itu, dia mengakui bahagian paling sukar dalam bekerja sebagai penghantar makanan ialah ketika menunggu pesanan pelanggan disiapkan.
“Menunggu pesanan memang membosankan terutama mereka yang beranggapan bahawa mereka perlu mendapatkan pesanan dengan cepat untuk membuat lebih banyak wang,” katanya.
Sepanjang 100 hari itu, Lindstrom menghabiskan masa sehingga 12 jam sehari menghantar makanan.
Dia mampu mengumpul pendapatan sebanyak AS$20,012 (RM83,770.23). Bagaimanapun pendapatan ini adalah pendapatan kasar yang belum tidak ditolak perbelanjaan lain sepanjang percubaan 100 hari.
Lindstrom hanya mampu membawa pulang sekitar RM73,337.33 sahaja setelah sebahagian daripada pendapatan dibelanjakan untuk mengisi minyak dan kos penyelenggaraan kenderaan.
Dalam pada itu, dia turut membayar cukai sebanyak AS$9,500 (RM39,578.88).
Sejak memulakan 100 hari itu, Lindstrom mempunyai matlamat untuk menghasilkan pendapatan sehingga AS$25,000 atau bersamaan RM104,637.50.
Walaupun tidak mencapai target, ternyata eksperimen yang dilakukan pemuda ini tidak sia-sia. Disamping memperolehi wang, dia juga dapat menambah pengalaman hidup dan meningkatkan skil yang berguna.
sumber: sinar harian via
Post a Comment