Penduduk cem4s, operasi menyel4mat budak 5 tahun jatuh perigi sedalam 30 meter

PASUKAN penyelamat berusaha tanpa henti bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 30 meter di sebuah perkampungan Maghribi, sejak tiga hari lalu.

Penduduk cem4s, operasi menyel4mat budak 5 tahun jatuh perigi sedalam 30 meter



Operasi menyelamatkan kanak-kanak bernama Rayan itu mencapai tahap kritikal pada Jumaat.

ARTIKEL MENARIK:Penceramah Bebas Mengaku Tak Vaksin Dan Bawa Jemaah Tak Vaksin Ke Arab Saudi.


Seluruh rakyat Maghribi dan penduduk di Afrika Utara cemas menyaksikan siaran langsung operasi menyelamat itu.

Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.

viewer discretion is advised
A child fell into a deep well in the Tamrout community in the northern Chefchaouen province, the depth of which was estimated to be more than 30 meters.#save_rayan #انقذوا_ريان #ريان pic.twitter.com/ScmYkwJFKv

— Hashtag Elyoum (@Hashtagelyoum) February 3, 2022

Rayan terperangkap dalam perigi sejak Selasa. Twitter

Pasukan penyelamat membawa masuk jentolak untuk menggali tanah yang membolehkan mereka memasuki ke dalam untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, mereka bimbang sama ada bahagian perigi atau struktur tersebut akan runtuh sebelum mereka tiba ke lokasi.

Menurut agensi berita Maghreb Arabe Presse, proses penggalian kini di peringkat akhir.

Operasi itu dihentikan buat sementara pada Jumaat malam waktu tempatan, tetapi pasukan penyelamat menyambung semula proses tersebut selepas dianggap selamat untuk meneruskannya. – New York Times

Kisahnya……..Tragedi Rayan….

Kisah ini pada kala ini (5 Feb 2022) telah menjadi tajuk dan peristiwa besar di Maghribi (Morocco). Malah liputan mengenainya telah tersebar luas ke seluruh afrika utara dan eropah. Ianya adalah mengenai seorang budak yang baru berusia lima tahun yang bernama Rayan.

Pada 1 Feb 2022 yang lepas, Rayan mengikuti bapanya untuk membaikpulih sebuah perigi kering berdekatan rumahnya. Pada ketika bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain2 di sekitar perigi tersebut. Setelah beberapa ketika bapanya mula sedar, anaknya Rayan hilang.
Setelah puas mencari, baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering itu. Bapa Rayan kemudiannya meminta penduduk kampung datang membantu tetapi terdapat masalah. Jika kita lihat pada draf di bawah, kedalaman tempat Rayan terjatuh melebihi 30 meter.

Dah pulak tu, lubang perigi hanya berukur lilit 25 sentimeter lebar sahaja. Tidak cukup dengan itu, semakin dalam, lubangnya semakin sempit. Segala input ini telah dicerap oleh pasukan bantuan dari pelbagai ajensi yang datang kemudiannya untuk membantu mengeluarkan Rayan.

Walaubagaimanapun, pihak penyelamat telah mengesahkan bahawa Rayan masih hidup di bawah sana. Corong oksigen, lampu, air minuman dan makanan serta kamera telah dihulurkan ke bawah. Mereka kini dapat mengawasi keadaan Rayan, tengok Rayan kat dalam lubang tu sorang2, sebak saya.

Pihak penyelamat telah mencuba pelbagai teori, salah satunya ialah untuk menghantar seseorang untuk membawa Rayan naik ke atas menggunakan tali. Tetapi disebabkan lubang perigi yang semakin mengecil ke bawah, ianya adalah sesuatu yang mustahil.


loading...


Dan kini mereka menggunakan method seperti yang dapat kita lihat seperti di dalam gambar yang paling kanan sekali di bawah itu. Mereka menggali keseluruhan tanah untuk sampai ke tempat di mana Rayan berada. Bermakna, mereka menggali bertan2 tanah sedalam 30 meter lebih dari sisi.
Satu yang merisaukan mereka, semakin dekat dengan Rayan, semakin tinggi risiko tanah runtuh. Kalau mengikut keadaan mereka semasa artikel ini ditulis, hanya beberapa meter sahaja lagi penggalian dari sisi akan sampai ke tempat di mana Rayan berada.

Diharap, Rayan akan dapat diselamatkan. Helikopter telah tersedia menanti di lokasi ini untuk membawa Rayan ke hospital jika segalanya berjalan lancar. Sama2lah kita berdoa untuk keselamatan kanak2 kecil ini.

Pasukan penyelamat Maghribi hari ini terus bertungkus lumus untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang sudah hampir tiga hari terperangkap dalam sebuah perigi.

Operasi menyelamat itu menjadi berita utama di negara terbabit, dengan ratusan ribu rakyat yang cemas mengikuti siaran secara langsung mengenai tragedi itu.

Operasi bantuan dipergiatkan untuk Rayan, 5, yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter pada Selasa lalu, dengan penyelamat bekerja 24 jam dengan bantuan lampu limpah.

Jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas, berkata penyelamat mengorek lubang selari dengan perigi berkenaan bagi membina terowong untuk mengeluarkan kanak-kanak malang itu dari sisi.

“Penyelamatan kanak-kanak itu semakin dekat, kami berkongsi simpati bersama keluarga dan berdoa dia kembali bersama mereka secepat mungkin,” katanya.

“Struktur tanah menjadikan keadaan amat berbahaya berbahaya untuk cuba melebarkan lubang dan ini bermakna penggalian besar di sekelilingnya adalah satu-satunya penyelesaian.

Kisah itu mencetuskan rasa simpati ramai dengan dengan tanda pagar tulisan Arab, #SaveRayan, menjadi tular di seluruh Afrika Utara termasuk di negara jiran Algeria.

Agensi berita MAP melaporkan, penggerudian di kampung berhampiran Bab Berred di Chefchaouen di Maghribi itu sudah mencecah 27 meter dengan ‘harapan mencapai 32 meter dalam masa beberapa jam lagi’.

Penyelamat kemudian akan menggali tiga meter secara mendatar di antara lubang dan perigi untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Pasukan perubatan juga sudah dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan awal dan potensi masalah kesihatan sebaik saja budak lelaki itu diselamatkan

Pasukan penyelamat dapat menghantar oksigen dan air kepada kanak-kanak itu melalui paip dan sebuah helikopter polis turut bersiap sedia untuk memindahkannya ke hospital berdekatan.

Bapa Rayan memberitahu laman sesawang berita, Le360, bahawa dia sedang membaiki perigi ketika budak itu terjatuh ke dalamnya.

“Saya tidak dapat tidur sekelip mata sepanjang malam,” katanya.

Neneknya, Laaziza pula memberitahu AFP, Rayan ‘sangat disayangi di seluruh di kampung dan bukan hanya dalam rumah oleh keluarganya’.

“Saya merinduinya, sudah tiga malam,” katanya.

Siaran beberapa media Maghribi diikuti minit demi minit oleh ratusan ribu pengguna internet yang menunggu berita tentang nasib kanak-kanak itu.

Ketua penyelamat, Abdelhabi Temrani, memberitahu stesen siaran televisyen Al Oula bahawa ukuran rentas mulut perigi itu yang kurang 45 sentimeter (sm) menyukarkan lagi usaha menyelamatkan Rayan. – AFP

Sumber : Twitter Marchforward viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم