Foto sekadar hiasan Akhirnya Mak Cik Itu Pergi Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Aku nak berkongsi satu kisah yang benar benar terjadi baru baru ni.
Keluarga aku biasa biasa saja. Bapak aku bekerja kerajaan manakala mak aku tidak. Dia uruskan rumahtangga dengan sempurna. Kami lima beradik. Aku anak kedua.
ARTIKEL MENARIK:Ambil D0s Pengg4lak Sebelum 1 Mac, El4k Status V4ksin B4tal
Kisahnya, bapak aku selalu outstation dan balik hanya seminggu sekali sahaja. Tapi bapak aku sangat bertanggungjawab, segala keperluan kami di rumah lengkap.
Masa aku di bangku sekolah, aku tengok mak aku selalu menangis di dapur. Sambil memasak dia menangis. Sambil menjahit pun dia menangis. Jadi aku beranikan diri tanya.
Mak aku membuka mulut memberitahu ada perempuan lain telefon ke rumah meminta izin untuk berkahwin dengan bapak aku. Terkejut aku dengar.
Ini kisah kejadian sekitar tahun 90an.. (kini bila aku teringat balik.. berani sungguh dia)
Mak aku cakap, dia sedar diri sebab dia tak bekerja. Manakala si perempuan tu berkerjaya dan bergaji tetap.
Aku hanya nampak ada la sekali dua macamtu parent aku bergaduh sebabkan hal ni. Tapi bapak aku tak kahwin pun dengan perempuan tu.
Masa berlalu.
Kami semua semakin membesar. Kakak dan aku dah masuk universiti.
Satu hari, bapak aku datang ambil aku dari kolej kediaman untuk pulang ke kampung. Semasa dia drive, telefonnya bebunyi. Aku sempat menjeling nama yang tertera pada telefon bimbit dia.
Ehh.. terkejut aku. Sebab nama yang naik adalah seperti namaku. Walhal aku duduk di kerusi belakang dan tidak menggunakan handphone pun.
Cepat cepat bapakku cancel panggilan tu.
Sejak dari tu, aku mulai curiga. Tapi aku rahsiakan dari orang lain apa yang aku nampak. Aku mulakan siasatan aku sendirian. Bila bapak sibuk buat kerja di luar atau mandi ke, aku cuba buka telefonnya.
Aku kumpul maklumat dan salin nombor tu. Bertahun aku fikir bagaimana aku nak tahu siapa pemilik nombor tu.
Aku tak mahu dia tahu yang aku tahu. Aku tak mahu bapak aku tahu apa yang aku tahu. Sebab itu bertahun aku simpan saja.
Sampai lah satu ketika, aku dapat idea ke kedai telefon berdekatan universiti aku.. masa ni aku gunakan alasan untuk tolong membayar bil telefon orang tu kononnya.
Masa pekerja tu type di komputer nombor tu, dia bagitahu bil telefon tersebut. Aku buat buat tak dengar dan bertanya harga lagi. Akhirnya pekerja tu pusingkan monitor menghadap aku.
Maka terus aku dapat tahu nama penuh perempuan tu. Bila dah dapat tahu, ingat aku nak bayarkan ke bil tu? Aku cakap dekat pekerja tu.
“eh bukan nama ni. Mungkin salah nombor saya bagi. Jadi salah orang. Maaf yer cik.. ” dan aku berlalu pergi dengan senyuman. Sebab siasatan aku yang lembab ni ade sedikit progress. Hoho.
Kemudian, bila dah ada facebook.. aku mula terfikir nak cari balik nama tu. Cari punya cari.. nama tu ada banyak orang pakai. Dengan gambar tah apa apa. Tapi ia berbaloi. Jeng jeng!! Sebab ada seorang saja yang kebetulan dia friend dengan bapak aku.
Aku tengok gambar gambar dia.
Tempat dia bekerja. Kawan kawan dia. Ye lah kan, kesah dah bertahun tahun. So perempuan ni dah kategori makcik makcik dah. Dan ada majlis persaraan dia dalam fb tu. Tua dah pun.
Sebelum ni (masa aku kecik yang aku tanya kenapa mak aku nangis tu) mak aku penah la cerita sedikit latarbelakang makcik ni. So aku tahu asal makcik ni daerah mana dan pekerjaan dia.
Aku relatekan dengan maklumat di fb dia. So, memang orang yang sama. Yakin! Dia bujang lagi rupanya sebab semua panggil dia cik saja walau dah tua.
Dan.. selama 30 tahun mereka masih berhubungan! Kalau aku balik bercuti, aku selalu saja nampak bapak aku jawab call dia setiap malam.
Tapi biasa nya sekejap saja panggilan tu. So memang aku buat buat tak nampak saja. Lantak lah dah tua pun memasing.
Masa berlalu lagi. Aku pun dah berumahtangga, ada anak anak.
1 hari tu aku teringat nak tengok balik fb makcik ni. Tiba tiba.. aku terbaca rakan makcik ni share yang makcik ni kena c0vid. Semua kenalan dia doakan kesembuhan dia.
Beberapa hari lepas tu, aku saja skodeng lagi fb dia. Rakan dia share lagi bahawa dia dimasukkan ke wad ICU kerana berada pada tahap kritikal. Maka ramai lah lagi kenalan dia doakan kesembuhannya.
Aku? Jujur aku tak rasa apa apa.
Beberapa hari aku menjengah lagi fb dia. Tapi tak nampak perkembangan apa apa dah. So aku assume dah sembuh kot. Aku pun tak tengok dah fb dia.
2 bulan kemudian, entah macamana sambil aku belek belek fb, terlintas di fikiran aku. Eh macamana dah dia.
Terus aku bukak fb dia.
Kenalan dia share lagi satu maklumat. Penting!
Berduyunlah rakan dan kenalannya ucapkan takziah.
Akhirnya, makcik tu pergi jua.
Dia pergi tanpa dapat mohon maaf dari mak aku. Dia pergi tanpa dapat mohon maaf dari kami adik beradik.
Kerana.. dia ambil banyak masa dan kesempatan kami bersama bapak.
Aku tahu..
Ada hujung minggu bapak aku berjumpanya. Mak aku tak tahu.
Ada banyak masa bapak aku layan dia. Mak aku tak tahu.
Mak aku jaga anak anak di rumah. Tapi sebaliknya bapak. Hujung minggu yang ada untuk dia berehat. Kami jarang berjalan jalan.
Banyak masa tu dia rampas dari keluarga kami. Bapak aku pergi masa hari pengkebumian tu.
Akhirnya aku buka cerita ini pada mak aku. Ternyata mak aku langsung tidak terkejut. Dia tenang sahaja dan dia cakap..
“Tak mengapalah dia tak sempat mohon maaf dari mak, tapi mak dah maafkan semuanya. Allah dah bagi bahagiannya. Bahagian kita ni tak tahu bagaimana..”
Baiknya mak aku. Aku ingat sangat ayat mak aku tu.. Semoga Allah swt menganjari mak aku dengan pahala dan syurga yang indah nanti atas kebaikan, pengorbanan dan kerana memeluk Islam.
Ini sahaja kisah yang tak seberapa. Sebab apa yang aku tahu juga aku rahsiakan dari adik beradikku. Aku nak semuanya hormat pada bapak.
“Bersabar sahajalah kerana Allah jua yang akan membalasnya.” Kata mak pada aku.
Nasihat aku.. janganlah jadi perampas kebahagiaan orang lain. Mungkin umur panjang sempat untuk minta maaf.. atau sebaliknya.
Jika ada kesalahan pada orang, bersegeralah mohon kemaafan kerana dosa sesama manusia hanya manusia yang mampu maafkan.
Sekian. Antonio
Reaksi Warganet
Syaidatina Hekmah –
Mungkin makcik tu dan ayah TT da kawen. Jadi diorg rahsiakan dari umum, sebab tu orang lain panggil dia cik sebab tak tahu dia da kawen.
Ikut logik, hari hari biasa giliran dengan mak TT, hujung mggu ja ayah TT dpt spend masa dengan mcik tu. Mungkin lah. Firasat aku je ni
Tapi apa apa pun, jadi suami kena telus. Jujur. Kalau betul da berkahwin jangan rahsiakan. Dua dua pihak isteri wajib dapat layanan sama rata.
Kalau kawen pun berahsia, apatah yang lain. Andai kata lah memang tak berkahwin, kenapa 30 tahun skandal dengan makcik tu. Kalau mampu kan boleh tambah tu
Azura Soraya AH –
Hebat mak TT. Semoga saya juga dikurniakan kesabaran yang sama. Ex hubby saya dirampas oleh kenalan dia sehingga anak anak kehilangan kasih sayang seorang bapa.
Masa anak anak bersama ayah dorang memang sangat terhad. Dalam sebulan cuma sekali atau 2x.
Saya dah tak kuasa nak bergaduh hal ni. Dorang pun dah kawin. Dah beberapa kali bertembung dengan isteri baru dia dalam majlis majlis keluarga tapi saya buat biasa je.
Selalunya wife dia la yang meroyan bila nampak saya ada dalam majlis keluarga ex hubby. Feeling insecure barang kali.
Tak tau dari mana datangnya sabar ni tapi saya selalu set dalam kepala… Biar orang buat jahat pada kita, jangan kita buat jahat pada orang. Biar dia saje yang gila jangan kita sama sama jadi gila.
Dan paling penting biar dia je yang kelihatan bdoh, jangan kita sama sama nampak bodoh…
Nurna NaFiz –
Emm… Kesian makcik tu dan kesian pada mak awak. Betapa tamaknya ayah awak untuk memiliki 2 wanita.
Betapa makcik tu di’ikat’ dengan janji dan harapan bertahun tahun oleh ayah awak yang tidak gentle.
Dan betapa bertahun tahun emak awak diikat dengan tanggungjawab dalam sebuah perkahwinan yang penuh penipuan.
Awak anak yang baik sebab sentiasa menyebelahi ayah awak dan emak awak. Tapi awak belom cukup matang untuk memahami ayah awak tu lelaki waras yang boleh buat keputusan untuk memutuskan terus hubungan dengan makcik tu kalau dia betul betul tekad.
Dan ayah awak juga boleh memilih untuk melepaskan emak awak. Dia juga boleh pilih untuk berkahwin dengan makcik tu tanpa melepaskan mak awak.
Dan untuk semua tragedi ini punca utamanya adalah ayah awak sendiri. Mungkin ini kenyataan yang pahit untuk awak yang begitu menyayangi ayah dan tidak sanggup kehilangannya dek kerana orang lain.
Awak melihat keluarga awak mangsa tetapi tanpa awak sedar makcik itu juga mangsa. Dan sebagai orang yang waras dan matang kita perlu melihat dan menilai situasi dari sudut pandang setiap watak yang ada dan bukan menghukum.
Semoga aruwah ditempatkan bersama para solihin dan ditemukan dengan jodoh yang baik di sana nanti.
Untuk hati awak yang terluka, cuba berterus terang dengan ayah minta dia jujur. Mungkinkah ada duit mak cik ini digunakan untuk menyara kalian juga? Siapa tahu kan…
Better clarify dengan ayah agar tidak terhutang dengan aruwah. Semoga salah menyalah dapat dilempar dari hati. Apa pun ni hanya pendapat dua kupang saya yang mungkin tak laku. Maaf kalau tersilap kata.
Nuriah Abdrazak –
Story nii mengingatkan sis pada kawan sis sendiri..
Aruwah husband dia masa sihat memang ada someone juga laa. Then bila aruwah husband nii di diagn0sed kanser tulang, maka susah laa si wanita nii nak message aruwah (dulu kan kita guna HP biasa jaa)..
Bila husband kawan sis dah meninggal, wanita nii tak percaya. Dia merasakan yang kawan sis tipu dia.
Then kawan sis ajak jumpa. Sebab nak tunjuk di mana kuburnya. Kawan sis ajak sis teman. Sebab dia tak kuat nak jumpa wanita tuu katanya.. Takut hilang kesabaran.
So sis pun datang. Kawan sis nii, tua dari sis 10 tahun..
Sampai kubur..wanita nii memang tak berapa bercakap dengan kami. Malah dia tetap dengan pendirian merasakan kami sesaja menipu. Padahal dekat batu nisan tuu memang tertera nama si lelaki yang dia berkawan tuu, iaitu husband kawan sis..
Habis episod kubur dekat situ, dia berlalu.. Lama dah kami tak dengar khabar berita, sehinggalah 3-4tahun lepas.
Kawan sis ajak sis ke BEHRANG. Katanya nak ziarah si wanita nii. Dia sakit, kanser juga. Sis bawa kereta. Kami sampai dah maghrib, dengan nak cari rumah lagi..
Mak si wanita call, panggil kawan sis datang. Katanya nak mintak maaf.. Kami lihat sesama sendiri. Tak tahu laa nak cakap perasaan tuu macam mana.
Sedih tuu of course laaa.. Lebih kepada simpati. Lepas episod memaafkan tuu. Si wanita pun pejam mata..
Kami tunggu sampai lah si wanita nii disimpan. Banyak iktibar yang sis belajar dan fahami melalui kisah hidup mereka nii.. Rasa terpana, terkesima, hilang katakata. Ujian dan pembelajaran buat kami..
Al-Fatihah buat aruwah suami k.milah..dan cikgu tuu..
Sumber – Antonio (Bukan nama sebenar) via IIUMC via
إرسال تعليق