10 Tahun Hilang Akhirnya Ditemui Dalam Sebuah Peti Sejuk.

Misteri kehilangan seorang lelaki dari London sejak 2012 yang lalu akhirnya terungkai selepas mayat mangsa ditemui di dalam peti sejuk di sebuah pub terbiar di London, United Kingdom.

10 Tahun Hilang Akhirnya Ditemui Dalam Sebuah Peti Sejuk.



Mangsa yang dikenali dengan nama Roy Bigg dilaporkan hilang di Newham, London pada Februari 2012 ketika mangsa berusia dalam lingkungan 67 hingga 70 tahun.

ARTIKEL MENARIK:Tular pesawat China Eastern terhmpas, Kini pengguna Twitter dikritik gara gara sebak rakaman terakhir


Sejak daripada itu, Roy Bigg menjadi topik hangat ‘Orang Hilang’ dan sekitar tahun 2012, poster wajahnya terpapar di merata tempat malah kebanyakan menganggap bahawa pada ketika itu, Roy Bigg masih hidup.

Namun siapa sangka, selepas 10 tahun ‘menghilangkan diri’, Roy Bigg akhirnya ditemui dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Mayat mangsa dipercayai disembunyikan di dalam peti sejuk bawah tanah di sebuah pub terbiar di London, United Kingdom. Meskipun mayat mangsa sudah ditemui pada 15 Oktober 2021, tetapi pihak berkuasa baru sahaja mengumumkan penemuan mayat Roy Bigg baru-baru ini.






Menurut laporan, mayat Roy Bigg ditemui oleh pekerja tapak pembinaan. Menurut Ketua Detektif, Inspektor Kelly Allen, mayat mangsa mungkin telah berada di dalam peti sejuk selama beberapa tahun dan identiti mangsa dapat dikenal pasti melalui rekod pergigian. Jelasnya lagi, hasil bedah siasat tidak dapat disimpulkan berikutan keadaan mayat mangsa ketika ditemui sangat mengerikan. Oleh hal demikian, pasukan penyiasat meminta orang ramai yang mengenali mangsa supaya tampil memberi maklumat supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

SUmber : OB viaKHALIFAH MEDIA NETWORKS



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم