Ada Orang Nampak Kak Long Buat ‘Hal’ Di Sogo Pula, Individu Ini Cerita Yg Dia Nampak Apa Kak Long Buat

Macam jadi perkara biasa pula nama Kak Long 7E yang sekarang digelar Kak Long KFC dan paling terbaru Kak Long Hina OKU.

Ada Orang Nampak Kak Long Buat ‘Hal’ Di Sogo Pula, Individu Ini Cerita Yg Dia Nampak Apa Kak Long Buat



Walaupun baru baru ini Kak Long atau nama beliau Wan Noor Baizura telah buat pengumuman untuk berhenti dari sosial media tetapi netizen seperti masih belum boleh move on dengan Kak Long.

ARTIKEL MENARIK:Ditvduh Ajar Kak Long Bukan2, Sifu Marketing Tampil Cerita Perkara Sebenar




Kes terbaru Kak Long adalah menghina OKU, dia telah pun memohon maaf dan menurut beliau tindakan beliau tidak ada niat menhina.

Tetapi apa yang terjadi seperti itu seperti tidak disangka oleh Kak Long. Beberapa laporan kepada pihak polis telah dibuat termasuk laporan kepada pihak SKMM.

‘Kak Long 7E’ mohon maaf, tiada niat persenda OKU


Gara-gara dikecam melakukan riak wajah serta tingkah laku yang dikatakan mempersendakan orang kelainan upaya (OKU), ‘Kak Long 7E’ tampil memohon maaf.

Wanita itu menerusi siaran langsung di media sosial telah membuat permohonan maaf terhadap golongan OKU semalam susulan seorang pemuda OKU, Khairul Hafiz membuat laporan polis keatasnya kerana didakwa mempersendakan golongan itu.

“Saya minta maaf, saya tiada niat untuk mempersendakan golongan OKU, demi Allah. Saya berani bersumpah atas nama Allah.

“Kenapa nak saman saya, saya tidak sebut nama sesiapa, kepada golongan OKU saya minta maaf. Saya tertekan dengan pengguna media sosial, saya hanya buat sekadar suka-suka,” ujarnya.

Buat laporan polis dakwa ‘Kak Long Dungun’ persenda OKU

KHAIRULL Hafiz menunjukkan laporan polis dibuat terhadap Kak Long Dungun. FOTO ihsan Khairull Hafiz Ismail.

Seorang jurutera mekanikal membuat laporan polis berhubung tindakan seorang wanita merakam video membuat mimik muka seolah-olah memperlekehkan orang kurang upaya (OKU).

Terdahulu, satu video berdurasi 31 saat memaparkan wanita terbabit, Wan Noor Baizura atau dikenali sebagai Kak Long Dungun menunjukkan mimik muka serta perwatakan seperti OKU tular di media sosial, sejak semalam.

Pengadu, Khairull Hafiz Ismail, 42, berkata, dia melihat video itu ketika berada di rumahnya di Taman Puchong Utama, Puchong, di sini, pada 11.30 malam tadi.

“Beberapa bulan lalu, Senator Ras Adiba Radzi ada membuat laporan polis terhadap dua individu yang menghina OKU, namun masih ada segelintir individu tidak mengendahkan perkara ini.

“Sebagai individu tergolong dalam kumpulan OKU, saya merasa tidak puas hati dengan tindakan wanita itu kerana ia adalah satu penghinaan kepada OKU.

“Disebabkan itu, saya membuat laporan polis sebagai satu peringatan kepada kita semua supaya saling menghormati dan tidak menghina bukan sahaja terhadap golongan OKU, tetapi antara satu sama lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu.

“Kami menerima laporan daripada pengadu yang terkesan dengan satu hantaran video dimuat naik pemilik akaun Facebook bernama Hafiz Shukri berkaitan seorang wanita, Wan Noor Baizura atau dikenali sebagai Kak Long Dungun.

“Dalam video itu, wanita terbabit membuat mimik muka serta berperwatakan seperti OKU seolah-olah memperlekehkan golongan berkenaan.

“Menurut pengadu yang juga OKU fizikal, dia tidak berpuas hati dengan hantaran berkenaan dan membuat laporan polis untuk rujukan pihak berkaitan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.




Abd Khalid berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu untuk meneliti dengan lebih terperinci.

Beliau berkata, setakat ini, tiada ucapan menghina (dibuat wanita terbabit), cuma mimik muka sahaja dan semakan akan dilakukan di semua daerah (polis) sekiranya terdapat laporan sama diterima.

Ada Orang Nampak Kaklong Buat Hal Di Sogo


Tular di media sosial tentang apa yang Kak Long telah lakukan ketika membawa keluarga dia membeli belah di salah sebuah pasaraya terkemuka Sogo. Cawangan Sogo yang mana tidak dapat dipastikan

Menurut netizen yang berada di tempat kejadian, memberitahu Kak Long dan keluarga sedang memilih pakaian di Tingkat 3, Sogo.

Tarikh kejadian sebenar tidak dapat dipastikan dan identiti pengadu juga tidak dapat dipastikan.


Rata rata netizen meninggalkan komen negatif tentang apa yang terjadi.

“Ade saje cite psl die nie. Kalau btl perangai anak beranaknye mcm nie harap ap yg berlaku pd die, org dh start nk saman menyaman nie die berubah la anak beranak. Kalau tak blh nk brubah jgk elok ddok je dlm rmh jgn langsung klua”

“Makin menjadi2 pulak dia ni kan… X habih2.. mmg cari pasai dia ni… tunggulah…dia belum bertemu buku dgn ruas lagi ni”

Andainya benar semoga kak long sekeluarga mendapat hidayah berubah lah kearah kebaikan jgn cari masalah .. andainya tak benar hanya fitnah semoga si pengadu ni mendapat hidayah . Jgn ambil kesempatan menambah cerita yg tak sahih tak jauh beza perangai dgn yg di kutuk ..

Sudah² la citer tenuk nii.. sbln pun x abih klu asik boh citer dia jerr

Aku rasa dia sengaja wat semua tu sbb nak publisiti..

Elok Di chilikan Beramai Ramai Mulut Orang Cam Ni … pastu Bland Kunyit … kasi Minum air Kunyit sampai Dia Muntah darah … Baru elok bahasanya


Kredit: K! Online / KJ Nilam viatwo.e-kesah


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم