Video pendek dikongsi isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iatu Rossa Sera mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet. Menerusi video tersebut,
memaparkan Rossa yang baru sahaja sahaja keluar dari sebuah bangunan yang dipercayai mahkamah syariah.
ARTIKEL MENARIK:Keluar Pejabat Agama Sambil Pegang Fail, Identiti Driver Dlm Kereta Tarik Perhatian Ramai
Rossa kelihatan anggun mengenakan jubah berwarna hitam menuju ke sebuah kereta sambil tangannya memegang sekeping fail.
Respon suami
“Saya tak tahu.” Itu jawapan diberikan Shuk Sahar kepada Gempak ketika ditanya mengenai kehadiran isterinya di Mahkamah Syariah.
Pelawak kontroversi itu juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan hanya mengunci mulut ketika ditanya soalan susulan.
Terdahulu, isteri Shuk, Rossa Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferahmemuat naik hantaran video di Instagram (IG) sedang menuruni anak tangga sebuah bangunan dipercayai Mahkamah Syariah.
Rossa yang memakai jubah berwarna hitam turut membawa sebuah fail di tangannya.
Pada hantaran tersebut, kapsyen dan latar suara yang digunakan Rossa juga menguatkan dakwaan keberadaannya di mahkamah dan berkait rapat dengan pergolakan rumah tangganya.
“Anda tidak boleh memulakan bab baru dalam kehidupan jika masih membaca di bab yang terakhir,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sementara suara latar yang digunakan pula berbunyi: “Aku hanya kehilangan orang yang tidak mencintaiku, tapi dia kehilangan orang yang mencintainya.”
Di ruangan komen rata-rata pengikut termasuk rakan selebriti memberikan kata-kata semangat kepada Rossa.
Ada juga yang menyokong tindakan Rossa sekiranya benar dia ke mahkamah untuk menyelesaikan krisis rumah tangganya.
“Sepatutnya dari dulu tapi kerana masih sayang demi anak-anak. Tapi bila bagi peluang lagi, masih tak berubah.
“Hati wanita sekali terguris dalam lukanya…Maaf tiada lg logo R (reverse) dalam hidup. Moga lebih tabah menempuh kehidupan yang lebih bahagia bersama anak-anak dan akan temui cinta yang lebih menghargai. Amin,” komen seorang pengikut.
Isteri Shuk Keluar Dari Pejabat Agama, Tapi Netizen Lagi ‘Curious’ Dengan Jejaka Dalam Kereta?
Rasanya ramai yang ketahui sejak kebelakangan ini, imej isteri pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Rossa Serra menjadi tumpuan ramai kerana kelihatan lebih langsing dan bergaya.
Baru-baru ini, Rossa ada memuat naik satu video dimana dirinya mengenakan jubah hitam sedang menuju ke kereta, yang dipercayai baru keluar dari pejabat agama sambil memegang fail ditangan.
Namun, hal yang mencuri tumpuan warganet adalah jejaka yang menjadi pemandu kereta dinaiki Serra dan ada berpendapat, ia merupakan Shuk Sahar namun masih tiada bukti kukuh untuk mengatakan itu adalah dia.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai warganet yang tertanya-tanya status hubungan beliau bersama Shuk dan ada juga yang mendoakan agar Serra diberi kekuatan untuk tempuhi dugaan yang dihadapi.
Dalam pada itu, netizen turut berkata hormat dengan segala keputusan dibuat oleh wanita itu.
Gais If Dia Berbaik Dengan Syuk Pun,Takyah Masuk Campur La,Hal Rumah Tangga,And Bende Ni Bab Hati,Org Lain Boleh Je Cakap, Cuba Stay Kat Tempat Dia.
Kdg Org X Phm Knp Dia Pilih Utk Terima Blk? Sb Dia Dh Selesa Situasi Ditipu…Dia Bole Handle..So Let It Be..Doa Baik2…
Cara Untuk Membahagiakan Diri Sendiri Adalah Dengan Beranikan Meninggalkan Orang Yang Menyakitimu, Rase Sakit Boleh Menghilangkan Rase Sayang
Sabar Korang. Syuk Kan Xd Keje. Dia Buat Partime Grab. Kebetulan Sera Order Grab, Syuk Amek Job Tu
Syuk Tolong Hantar Die Balik Tu.Mcm Sy Dlu Ex Hubs Tolong Hantarkan Sy Balik Umah Lepas Selesai Semua..X Kasi Amek Grab. Die Yg Nk Hantar
Keluar Dri Hbgn Toxic Adlh Yg Terbaik..Untuk Jaga Mental Health Dan Hati..Keep Strong Sis..Sush Jaga Llki Yg Tak Pnh Ckup Stu
Alhmdulilah La Klau Dy Bg Another Chance Utk Syuk..Mgkin Story Hdup Diorg Lbih Kurg Dgn Bella & Aliff Yg Skrg Dh Bhgia..
Kalau Bella Istilah Boleh Maafkan Alif Aziz, Mgkin Dia Juga Boleh Sebab Nak Fikirkan Kasih Syg Anak2, Kita Doakan Jer Yang Terbaik Utk Mereka
Klau Dia Berbaik Pn Xpela,Syukur La Kn Masih Dpt Slmtkan Rmh Tgga..Jgn Doakan Rmh Tgga Org Roboh
Patutnya Doakan Hubungan Diorang Berkekalan Dan Minta Shuk Berubah Dan Diberi Peluang Tapi Ramai Yang Kecewa Klau Diorang Berbaikk..
Sekadar info, Serra ada memberitahu kepada umum bahawa dirinya bersama Shuk sudah tidak lagi tinggal sebumbung dan sedang dalam proses penceraian atas sebab kes curang yang dilakukan oleh Shuk.
Sumber Ohbulan/Beautiful Nara via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
إرسال تعليق