Bila Telefon Tak Berjawab, Mesej Tak Balas’ – Penat Bekerja Tp Tak Dibayar, Ini Rayuan Wan Maimunah

Kita penat bekerja tetapi tak dibayar…”

Bila Telefon Tak Berjawab, Mesej Tak Balas’ – Penat Bekerja Tp Tak Dibayar, Ini Rayuan Wan Maimunah



Demikian luahan pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 68, yang mendedahkan dilema yang dihadapi golongan pelakon veteran termasuk dirinya apabila bayaran yang dibuat tidak setimpal dengan bakat dan pengalaman yang ada.

ARTIKEL MENARIK:Kongsi kisah rumah tangga dalam sebuah rancangan TV, Shuk Sahar ni teruk dikritik warganet


Menurut Wan Maimunah, perkara itu menyebabkan mereka tawar hati untuk menerima tawaran berlakon.

” Ibu banyak tolak tawaran sejak kebelakangan ini.

” Kebanyakan anak seni memendam rasa, makan hati sendiri dan disebabkan minat, mereka telan juga.” katanya kepada Bernama.

Pengurus produksi yang tak bayar

Lebih mengejutkan apabila pelakon yang juga anak kelahiran Tebrau, Johor itu mendedahkan beliau pernah tidak dibayar oleh pengurus produksi meskipun bayaran sudah dibuat oleh penerbit.

” Sebenarnya orang ramai banyak yang tak tahu. Kadang-kadang orang tanya berlakon dapat berapa?

” Kadang ada yang kata, alaa cakap sajalah bukan nak minta duit atau belanja…tapi ada kadang-kadang orang tahu kita penat bekerja tak dibayar.

” Ibu merayu kepada penerbit turunlah padang, jenguk-jenguklah berapa yang dibayar kepada kami. Kadang-kadang bukan penerbit yang tak bayar, pengurus produksi yang tak bayar.

” Banyak orang tidak tahu tentang perkara ini. Kita penat bekerja tetapi tak dibayar, maksudnya orang tengah yang ambil.

” Bila kita telefon tak berjawab., kita mesej tak reply..tapi takpe rezeki Allah bagi,” katanya kepada Bernama.


Wan Maimunah yang sudah 50 tahun terbabit dalam industri seni tanah air, berkata beliau kini lebih selesa bekerja secara sukarela mengikut kehendak sendiri daripada menerima tawaran tetapi dibayar seadanya.

Pelakon serba boleh yang sinonim dengan watak air mata itu juga berkata bakat yang ada pada seseorang pelakon atau seniman di negara ini tidak dipandang tinggi oleh pihak tertentu terutama syarikat produksi drama, sebaliknya mereka lebih melihat kepada jumlah pengikut di media sosial.

Justeru, penerbit atau syarikat produksi drama di negara ini dirayu mengambil berat isu kebajikan pelakon veteran terutama aspek pembayaran sekali gus memastikan golongan tersebut tidak terus ditindas termasuk tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.




” Sangat berbeza di luar negara kerana mereka lebih menghargai bakat yang ada pada seseorang seniman.

” Bukan kita minta anak seni disanjung atau ditatang tetapi hormati mereka,” kata pelakon kelahiran Tebrau, Johor itu.

Terdahulu, Wan Maimunah berkata sumbangan dan sijil penghargaan yang diterima sempena Sambutan Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Melaka merupakan antara anugerah paling bernilai buat dirinya.

Beliau berkata sumbangan itu menunjukkan masih terdapat pihak yang tidak melupakan golongan seniman di negara ini dan menghargai jasa mereka terhadap industri seni tanah air.

Pada majlis itu, pelakon tersebut menerima sumbangan makanan, wang tunai dan sijil penghargaan yang disampaikan Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Melaka Shahrom Ravin Daram Abdullah.

10 fakta menarik tentang Wan Maimunah

1) Pemilik nama sebenar Wan Maimunah binti Wan Abdul Aziz ini dlahirkan pada 16 Jun 1954, di Tebrau, Johor Bahru.

2) Beliau ialah pemenang Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk 5 tahun berturut-turut pada edisi 1992 – 1996/1997.


3) Beliau juga pernah memenangi anuegrah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2002 (Rumah Di Tengah Sawah)

4) Wan Maimunah mula menceburi bidang lakonan secara serius pada tahun 1972, dan merupakan pelakon serba boleh yang mampu membawakan apa sahaja watak yang ditawarkan padanya.

5) Antara filem yang dibintangi adalah KL Gangster, Gentayangan, Puaka Tebing Biru, Jimi Asmara, Putih, Anak Mami The Movie (2002), Soalnya Siapa?, Interlud dan Wanita Bertudung Hitam.

6)  Drama yang dibintangi pula adalah Anak-anak Lorong, Bagaikan Sumayyah, Kerana Cintaku Saerah, Rumah Di Tengah Sawah, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Unjul Nak Jadi Orang

7) Wan Maimunah sudah membintangi lebih 1,000 drama dan terkenal dengan watak Mak Usu menerusi sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

8) Perkahwinan terakhir Wan Maimunah dengan seorang pengusaha makanan dari Johor pada Disember 2013 sempat bertahan dua tahun sebelum mereka mengambil keputusan berpisah.

9) Ditanya mengenai hidup tanpa suami, Wan Maimunah berkata, dia tidak kesunyian kerana selain dua cahaya mata, hidupnya juga dikelilingi ramai anak angkat yang sentiasa mengambil berat.

10) Pada 2019, Wan Maimunah mendedahkan beliau begitu teringin untuk pergi menunaikan haji dan meluahkan harapan dipertemukan dengan insan dermawan yang sudi menaja pemergiannya ke Tanah Suci Makkah sebelum dia menutup mata.

Sumber:gempak, wikipedia dan bharian viaBulletin 50 Times


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم