Sudah dua minggu kes kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida menjadi bualan hangat di media sosial.
Biarpun terjadi di negara jiran, netizen Malaysia mengikuti rapat perkembangan kes ini sehinggakan majlis penghormatan mendiang yang diadakan pada hariJumaat hingga Ahad.
ARTIKEL MENARIK:Pengurus Menangis Semasa Upacara Pemakaman Tangmo Nida, Tapi Reaksi Ibu Tangmo Buat Netizen Tak Puas Hati
Jangan keterlaluan
Pendakwah dan penceramah televisyen tanah air, Ustaz Elyas Ismail mendedahkan dia ada menerima mesej daripada individu yang bermimpi tentang Tangmo.
Pesan Elyas, mimpi itu hadir berkemungkinan berpunca daripada psikologi gara-gara mengikuti perkembangan aktres itu. Katanya, jangan terlalu takut dan bimbang kerana itu hanya mainan tidur.
Baru-baru ini ada orang berkongsi tentang dia mimpi Tangmo Nida iaitu artis terkenal di Thailand yang mati dalam kes yang sangat menyayat hati dan mengejutkan.
Bagi kita orang Islam, kalau mimpi macam itu, kita jangan keterlaluan sangat nak takut, bimbang. Mungkin boleh jadi sebab kita banyak fikir, baca dan ikuti perkembangan kes tersebut. Maka, itu boleh menyebabkan kita mimpi.
Tak boleh ucap RIP
Dalam pada itu, Elyas turut menekankan kepada individu beragama Islam supaya tidak mengucapkan ‘Rest in Peace’ kepada seorang yang bukan Islam apabila berlaku kematian. Katanya lagi, ucapan tersebut seolah kita mendoakan kepada mendiang.
Bagi saya, jika kematian melibatkan orang bukan Islam, seminat mana kita suka lakonan dan sayang dia, sama sekali kita tak boleh ucapkan RIP.
RIP itu macam doa, kita orang Islam tak boleh. Sekadar bersimpati, berdukacita atas apa yang berlaku, itu boleh. Moga kita dapat manfaat dan belajar sesuatu.
Terdahulu, Tangmo, 37, bersama lima orang lain menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya dari Jambatan Krung Thon di Bangkok ke Jambatan Rama VII di Nonthaburi. Dia terjatuh ke dalam sungai berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang di wilayah Nonthaburi sekitar 10.40 malam pada 24 Februari lalu.
Ibu Tangmo Tiba2 Pengsan Depan Wartawan Dan P0lis. Netizan Kemudian B0ngkar Apa Yang Ibu Tangmo Telah Lakukan
Upacara pemak aman pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida akan berlangsung pada hari Jumaat (hari ini) hingga Ahad iaitu pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam.
Saudara dan kenalan diberi peluang memberi penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Gereja Liberty Bangkok untuk acara pemba karan ma yat.
Di kala orang sibuk mengadakan persiapan upacara pemakaman, ada satu dakwaan yang kurang enak didengar mengenai ibu mendiang.
Ibu mendiang hadir, kesihatan kembali stabil
Menurut sumber, Kratik telah hadir ke upacara pemakaman tersebut lebih awal daripada waktu yang dijadualkan. Dia berada di upacara tersebut hampir 15 minit sebelum beredar. Difahamkan, pihak media cuba untuk menemu bual Kratik dengan mengajukan soalan sama ada Por dan rakan-rakannya (individu di dalam bot) akan datang ke upacara ini atau tidak. Tetapi wanita itu langsung tidak memberikan apa-apa respon dan terus meninggalkan perkarangan gereja tersebut.
Selain Kratik, ibu mendiang iaitu Panida Siriyudthayothin turut hadir ke upacara pemakaman yang berlangsung sebentar tadi. Panida juga merupakan salah seorang individu yang akan membacakan ucapan penghormatan terakhir kepada anak perempuannya itu. Panida juga mendakwa keadaan kesihatannya sudah beransur pulih.
Panida ‘pura-pura’ pengsan depan media?
Ibu Tangmo iaitu Panida Siriyudthayothin mendakwa dia pengsan kerana tertekan dengan soalan-soalan yang diajukan oleh wartawan mengenai insiden yang menimpa anak perempuannya itu.
Namun ramai yang mendakwa Panida hanya ‘pura-pura’ pengsan di hadapan orang ramai dan pihak polis.
Hal ini kerana, ada netizen mendakwa melihat Panida keluar membeli-belah dengan memakai jam tangan milik Tangmo.
Susulan daripada itu, Panida menafikan dakwaan dia ‘pura-pura’ pengsan, dakwanya lagi, dia benar-benar mengalami anxiety dan tekanan.
Pindah rumah, ambil barang berharga
Tidak terhenti di situ, ada juga dakwaan mengatakan Panida telah ‘pindah’ ke rumah Tangmo dan mengambil barangan berharga milik anak perempuannya itu. Panida bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Dakwanya lagi, dia sendiri tidak berani tinggal di rumah tersebut kerana anak dan bekas suaminya telah meninggal dunia.
Dekorasi berona putih
Jika diikutkan, upacara pemakaman Tangmo Nida yang berlangsung bermula hari ini hingga Ahad terbuka kepada keluarga, saudara-mara, rakan-rakan, media, para peminat dan orang awam tetapi disebabkan situasi pandemik, muatan di Gereja Methodist dihadkan kepada 1,500 orang sahaja.
Jadi ramai dalam kalangan peminat dan orang awam tidak berkesempatan memberi penghormatan terakhir buat pelakon berusia 37 tahun ini.
Oleh hal demikian, pihak yang bertanggungjawab memutuskan supaya upacara pemakaman tersebut disiarkan secara live stream untuk tontonan para peminat.
Sementara di Instagram teman lelaki Tangmo iaitu Bird dan rakan baik mendiang, Amena ada berkongsi beberapa foto persiapan sempena upacara pemakaman yang akan berlangsung bermula hari ini hingga Ahad.
Menerusi gambar dan video yang dikongsikan, kawasan gereja tersebut dihiasi dengan dekorasi bertemakan warna putih.
Turut dihiasi dengan bunga mawar sementara di tengah-tengah terdapat gambar mendiang Tangmo.
Sumber: TikTok @ustazelyasismail Via OhBulan.Com via
إرسال تعليق