Bukan sahaja banyak ‘siri’ kontroversi yang berkait dengan dirinya sejak bulan lepas, malah kini pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap Wan Noor Baizura atau lebih popular dengan gelaran Kak Long Dungun.
Terbaru, dia tampil menerusi sesi Live TikTok semalam demi memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan.
ARTIKEL MENARIK:Gara-Gara Serah Nama Dan Kata Laluan, Wang Berjumlah RM9,900 Lesap Dalam Bank
Pergi pasar malam orang marah-marah tak bagi meniaga…nak sara anak, mak & suami yang tak sihat, tolonglah faham
Menurut wakil jurucakapnya, antara kesan buruk viral tempoh hari adalah periuk nasinya di pasar malam telah ‘diboikot’ serta dimarah orang. Sambil mengesatkan air mata, Kak Long menjelaskan bahawa itulah sumber pendapatan utama demi menyara keluarganya selama bertahun-tahun.
Dia bahkan sangat tertekan, sehingga pernah terfikir untuk lakukan tindakan drastik yang boleh mengancam dirinya. Mengakui kesilapan di kedai serbaneka itu berpunca daripada khilafnya sendiri, namun dia terkilan timbul isu baru apabila beberapa video lama didakwa sengaja dipotong dan ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Walaupun salah atau betul lepas ni…saya janji tidak akan berkata buruk & marah orang dalam live lagi
Justeru itu, dengan penuh kekesalan Kak Long berjanji tidak akan melemparkan kata-kata bernada buruk atau memarahi orang lain dalam siaran live media sosial lagi sekalipun pihaknya sendiri yang betul. Malahan, dia juga berazam untuk menjadi ibu sekali gus menjaga anak-anak dengan lebih baik lagi di masa akan datang.
Rasanya lebih baik diam, bagi semua reda…Kak Long menangis macam mana pun netizen dah tak percaya
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun belum dapat memaafkan sepenuhnya usahawan wanita berkenaan susulan banyak kontroversi telah terkait dengan dirinya sebelum ini. Sebaliknya, mereka menasihatinya agar ambil iktibar daripada kejadian ini dan senyap daripada media sosial dahulu untuk sementara waktu.
Kredit : TikTok sagittarius_women & sampin_eklusif_trengganu, viralnewsupdates.com via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
إرسال تعليق