Kerjaaan Umum Pengeluaran Khas KWSP Dibayar Sekali Gus, Ini Lagi 12 Info Terkini Anda Patut Tahu

PENGELUARAN khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini menerima pelbagai maklum balas baik.

Kerjaaan Umum Pengeluaran Khas KWSP Dibayar Sekali Gus, Ini Lagi 12 Info Terkini Anda Patut Tahu



Keputusan berkenaan dibuat dibuat berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik yang mana masih ada yang terkesan dari segi ekonomi.

ARTIKEL MENARIK:Duit pun tak keluar lagi tapi dah ada isu, sekali ini penjelasan dari pihak Rhb tentang duit kwsp


Lanjutan daripada pengumuman berkenaan, KWSP berkongsi 12 maklumat penting menerusi info grafik menerusi laman sosial rasminya.

INDIVIDU LAYAK MEMOHON

1. Golongan pertama yang layak memohon ialah ahli-ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.

2. Golongan kedua pula melibatkan pemohon yang terdiri daripada kategori warganegara dan bukan warganegara termasuklah pemastautin tetap.

3. Manakala bagi golongan ketiga, hanya ahli yang mempunyai baki atau jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP sahaja yang dibenarkan membuat pengeluaran itu.

AMAUN PENGELUARAN DAN KAEDAH BAYARAN

Selain itu, KWSP turut berkongsi info berkaitan amaun pengeluaran dan kaedah bayaran untuk melancarkan urusan permohonan.

4. Jumlah amaun pengeluaran adalah minimum RM50, manakala maksimum sebanyak RM10,000, tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.

5. Bagaimanapun, anda perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

6. Tidak hanya itu, pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.

7. Bayaran Pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

EMPAT PERKARA SEBELUM BUAT PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS

Bagi kelancaran proses permohonan, pencarum disarankan untuk menyemak beberapa perkara penting terlebih dahulu

8. Perlu memastikan nombor telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP.

9. Menyemak baki simpanan KWSP.

10. Nombor akaun bank juga perlu dipastikan berada dalam keadaan aktif sama ada bagi akaun simpanan atau semasa.

11. Namun apa yang paling mustahak, pastikan akaun KWSP adalah di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.




PEMBAYARAN

12. KWSP dalam kenyataannya memaklumkan permohonan untuk pengeluaran tersebut akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 hingga 30 April 2022, manakala pembayaran akan dibuat pada 20 April 2022.

Institusi itu turut mengingatkan para ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan dan hanya mengeluarkan simpanan sekiranya benar-benar perlu. Semoga info ini bermanfaat!


kredit: sianr plus viaBulletin 50 Times


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم