Belum pun sempat 24 jam selepas video tular, pemilik akaun Twtt3r yang juga telah memuat naik rakaman pensyarah me marahi pelajar didapati telah memadam video tersebut.
Hal itu sekaligus mem buatkan warganet tumpang risau sekiranya insiden tersebut memberi impak kepada pelajar (m4ngsa amvk) ber kenaan sehingga menjejaskan masa depannya.
ARTIKEL MENARIK:Uitm Ambil Tindakan Terhadap Pensyarah Perlekeh Pelajar B40, Tak Sangka Rupanya Ini Status Dia Di Uitm Sri Iskandar
Mangs4 dah tamat pengajian
Walaubagaimanapun, tampil seorang warga Twtt3r memaklumkan bahawa pelajar terbabit rupanya telah tamat pengajian.
Jadi, sebarang tindakan yang mungkin dikenakan sama sekali tidak akan menjejaskan gelarannya sebagai pelajar selain mendapati cubaan menjejaki penyebar vide0 juga berdepan kesukaran.
“Dia dah fikir risiko dulu”
Susulan ciapan tersebut, ruangan komen dipenuhi pelbagai respon ber hubung hantaran yang tular.
Tidak berpihak kepada pensyarah, dan tidak juga berpihak kepada pelaku yang telah menyebarkan video tersebut selain berharap agar ada kebenaran di sebalik semua nya.
INI TUNTUTAN PERTUBUHAN PELAJAR KEPADA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TENTANG APA BERLAKU ANTARA PENSYARAH DAN PELAJAR B40 YG DIMARAHI
Tindakan seorang pensyarah berpangkat Profesor Doktor TS. (Teknologis Profesional) dari universiti awam yang dikatakan merendahkan martabat seorang pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tular di media sosial dan menerima kecaman yang hebat daripada wargamaya.
Menerusi video yang tular tersebut, pensyarah tersebut dilihat kurang senang dengan tindakan seorang pelajar yang dikatakan tidak mempunyai komputer ketika mengikuti sesi pembelajaran tersebut.
Pada mulanya pelajar ini menjawab soalan sebelum dia (pelajar) diajukan dengan satu soalan yang lain.
Bagaimanapun, pelajar ini menjelaskan dia sama sekali tidak mempunyai komputer riba dan ibunya sudah meninggal dunia serta ayahnya tidak mempunyai kerja.
Kau pakai apa? Pakai phone eh? Mana kau punya komputer. Kau tak ada adik-beradik? Kau cakap dengan kakak kau kalau dia ada gelang emas pergi jual dan pergi beli komputer.
Hanya RM800 sahaja beli komputer, apa masalah kau. Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40, ia lebih memikirkan benda lain.
Susulan daripada video tular itu, Mahasiswa Keadilan Malaysia menerusi satu kenyataan menyeru Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjalankan siasatan tindakan tatatertib terhadap pensyarah berkenaan.
Hal ini bagi memberi pengajaran kepada ahli akademik mahupun sesiapa sahaja dalam menghayati erti kemanusiaan.
Sungguhpun kami merasakan bahawa pensyarah itu mengherdik kerana keperluan kursus untuk memiliki komputer riba, tetapi merendahkan-rendahkan pelajar tersebut setelah dia mengatakan keadaan keluarganya yang tidak berkemampuan adalah tidak boleh diterima dan jelas bersikap angkuh.
Kenyataan Media – Untuk Siaran Segera: Prof. Dr. Ts. Roshana Takim Harus Dikenakan Tindakan Tatatertib
Kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan pelajar tersebut, sila hubungi kami segera. Terima kasih!
SUMBER:IniAlalalannnn/Redaksi/Mahasiswa Keadilan Malaysia/Oh Bulan via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
إرسال تعليق