Shuk Sahar Baru Terbang Ke Sandakan, Lepas Rindu Jumpa anak-anak. Sekali Bekas Keksaih Sera Muncul “Janda paling ku nantikan”

Selepas lebih sebulan tidak bertemu sejak Ramadan lalu, pelawak dan pengacara terkenal Shuk Sahar akhirnya nekad terbang ke Sandakan, Sabah untuk bertemu dengan dua orang anaknya.

Shuk Sahar Baru Terbang Ke Sandakan, Lepas Rindu Jumpa anak-anak. Sekali Bekas Keksaih Sera Muncul “Janda paling ku nantikan”



Shuk atau nama lengkapnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, berkata, dia amat merindui dua orang anaknya, Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2, lebih-lebih lagi tidak dapat meraikan Syawal lalu bersama-sama.

ARTIKEL MENARIK:Terjrumus Sejak Sekolah Lagi, Pngakuan Zamani Mngejutkan Ramai Peminat


“Sejak awal puasa lagi anak saya telah pulang ke Sabah (kampung isterinya) untuk beraya di sana. Lebih sebulan juga saya tidak berjumpa dengan mereka. Saya sangat rindukan mereka berdua.

“Jadi pagi ini (semalam), saya bangun dan tanpa perancangan terus gerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), beli tiket ke Sandakan dan beri kejutan untuk Ain dan Aimi,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Sandakan, Ain dan Aimi dilihat berlari-lari ke arah Shuk dan saling berpelukan melepaskan kerinduan dengan bapa mereka.

Rakaman video gelagat kedua-dua kanak-kanak itu turut membuatkan netizen sebak dan terharu mengenangkan nasib mereka.

Rata-rata pengikut bekas pengacara program hiburan I Can See Your Voice itu turut menumpang rasa hiba dan berharap hubungan antara Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshafera atau Sera kembali jernih.

“Harap dipermudahkan segala urusan Shuk dan Sera sekeluarga. Kasihan anak-anak. Biasalah syaitan tidak akan duduk diam untuk hancurkan ‘masjid’ yang dibina umat Islam,” kata seorang netizen.

“Saya doakan yang terbaik buat kalian. Semoga Allah SWT merahmati Shuk dan isteri,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

“Saya puji tindakan awak. Sebagai ayah yang tidak mahu patahkan hati anak-anak. Tidak ada ego. Anak-anak tidak bersalah. Teruskan berbuat baik pada anak-anak walau apa pun yang terjadi,” pinta seorang lagi pengikutnya.

Pada masa sama, Shuk juga tidak terlepas menerima komen-komen berunsur kritikan dan kecaman daripada netizen atas kecurangan yang dilakukan terhadap isteri sehingga rumah tangga mereka berantakan.

“Kau bukannya tak baik Shuk. Kau sayang anak, cuma kau tersilap langkah. Kau jerat diri sendiri dengan masuk jerat perempuan bernama Fara,” komen seorang pengikutnya.

“Kenapa sebelum buat hal tak fikir anak-anak? Sekarang diri sendiri yang rugi,” kata seorang netizen.

“Ayah tak berguna,” kecam seorang netizen ringkas.

Bekas Kekasih Tunggu Nak Kahwin Sera, Sedia Jadi Pengganti Shuk

Sejak tahun lalu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Shuk Sahar apabila isterinya, Rossa Sera sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak diketahui status rumah tangga mereka. Apatah lagi, baru-baru ini Sera bersama dua anaknya menyambut raya di Sabah dan tidak beraya bersama Shuk.

Terbaru, hangat diperkatakan apabila tular video di TikTok dipercayai dikongsikan oleh bekas kekasih Sera menggunakan akaun @aidi.qusairy.

Menerusi video itu, memperlihatkan jejaka itu keluar bersama Sera. Lebih menjadi perhatian, kapsyen lelaki itu seolah menggambarkan dia sudah lama menunggu cinta Sera dan sedia menjadi pengganti Shuk.

“Janda yang paling ku nantikan, Ex paling gilak. Walau ex tetap sayang, kita kawan balik samapi kahwin ok,” tulisnya.




Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong serta memberi restu kepada lelaki berkenaan untuk memikat Sera.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan Sera layak untuk mendapat lelaki yang lebih menghargainya. Malah, ada yang meminta lelaki itu segera ‘merampas’ Sera dari Shuk.

Terdahulu, Serra mengakui ada ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Jalan Duta, namun merahsiakan tujuannya ke sana.

Terdahulu, Shuk beberapa kali ditangkap berkelakuan curang dengan isterinya namun atas dasar sayang dan masa depan anak-anak, isterinya itu memaafkan segala khilaf yang pernah dilakukannya.

Malah, Sera menerusi InstaStorynya sekitar Oktober tahun lalu mengatakan dia tidak kisah andai masyarakat menganggap dirinya meroyan berkenaan krisis rumah tangganya dan bersyukur diberi kekuatan dan bukti yang makin jelas daripada Allah SWT berdepan perkara tersebut.

Sera meluahkan kekecewaan tersebut menerusi media sosial apabila hidupnya masih dibelenggu masalah kecurangan suaminya yang masih belum berpenghujung. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2015.


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم