Tular Ubah Suai Melampau Rumah Flat, Ini Reaksi MBPJ

Petaling Jaya: Ubah suai melampau rumah pangsapuri di sekitar Taman Datuk Harun, di sini, mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Tular Ubah Suai Melampau Rumah Flat, Ini Reaksi MBPJ



Berdasarkan gambar tular, rumah aras bawah membuat pengubahsuaian malah lebih mengejutkan ada rumah di tingkat satu turut berbuat perkara sama.

ARTIKEL MENARIK:Kant0i Hanya Marketlng, Rupanya Ini Yg Slti Jamumall Dan Puteri Sari Lakukan Sebelum Buat K0nten Dult PaIsu


Netizen mempertikaikan tindakan itu yang dianggap melampau sehingga dilihat mengundang bahaya.

Ada penduduk yang mengakui pengubahsuaian itu dibuat sejak belasan tahun tanpa sebarang pelan.

“Kebanyakan rumah di kawasan Taman Datuk Harun ini melakukan pengubahsuaian seperti ini… boleh tengok sendiri.

“Memang pengubahsuaian dibuat tanpa pelan, namun setakat ini tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya yang enggan mendedahkan identiti.

Tinjauan mendedahkan memang ada kebenaran berhubung dakwaan penduduk terbabit kerana kebanyakan rumah di aras bawah melakukan pengubahsuaian.

Reaksi MBPJ

Sementara itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan, pihaknya memandang serius terhadap kerja ubahsuai kediaman.

Katanya, MBPJ juga tidak teragak agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik rumah yang melakukan pengubahsuaian tanpa mendapat kelulusan.

“Pada masa sama binaan tambahan dan struktur binaan yang dibina boleh dirobohkan kerana tiada kelulusan.

“Tindakan mengubah suai rumah tanpa kelulusan bakal mendatangkan pelbagai risiko yang tidak diingini sekali gus mengganggu ketenteraman awam dan akan menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk setempat,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Akta 133 (Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974) sebarang kerja pembinaan untuk mengubah suai dan membuat binaan tambahan kepada struktur bangunan yang sedia ada perlu mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.

Tambahnya, jika gagal mematuhinya, tindakan perundangan akan diambil sehingga perobohan dijalankan.

Sakan renovate rumah

Terdahulu Perkongsian ringkas seorang lelaki dikenali sebagai Fairuz Daneen menerusi kumpulan B40 Buat Perangai Apa Hari Ini di laman Facebook, memaparkan sekeping foto dua biji rumah selepas proses pengubahsuaian dilakukan.

Foto tersebut dapat dilihat dua biji rumah pada tingkat bawah dan tingkat satu yang lebih besar daripada kebiasaan saiz asal rumah berkenaan. Dakwa lelaki ini, flat tersebut terletak di Taman Dato Harun, Petaling Jaya, Selangor.




Ini rare. Biasa orang kawasan rumah flat ini tingkat bawah je curi tanah renovate sambung rumah. Ni siap rumah yang tingkat 2 pun sambung rumah jugak.

Ini B40 kayangan tuan-tuan. Pemikiran luar kotak.

Sekadar info, mengikut peraturan pihak berkuasa tempatan, pemilik rumah yang ingin melakukan pengubahsuaian terutamanya dinding yang sedia ada perlu mendapatkan permohanan permit terlebih dahulu.

Bagaimanapun bagi pemilik rumah jenis flat, mereka sama sekali tidak dibenarkan melakukan sebarang pengubahsuaian terutamanya melibatkan penambahan bangunan tambahan.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih 330 komen dan dikongsi lebih 213.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan pendapat mereka mengenai isu ini dan ada juga yang mendakwa pemilik rumah berkenaan merupakan individu yang mempunyai jawatan dalam persatuan penduduk.

Sumber: Fairuz Daneen via B40 Buat Perangai Apa Hari Ini via Oh Bulan viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم