“Agak terasa bila orang tunjuk keadaan kita”- Luahan Zamani Bila Baru Sedar Badan Sebenarnya Bengkok

Penyanyi terkenal Zamani mengakui terasa dan bersedih melihat keadaan fizikalnya yang semakin membongkok setelah disahkan menghidap penyakit scoliosis.

“Agak terasa bila orang tunjuk keadaan kita”- Luahan Zamani Bila Baru Sedar Badan Sebenarnya Bengkok



Menurut Zamani, baru dia menyedari keadaan badannya yang membongkok daripada video-video peminat yang tular di laman sosial.

ARTIKEL MENARIK:Seniwati Yang Saya Hormati”- Aripah Damanhuri Telah Pergi, Kata2 Ogy Ahmad Daud Undang Sayu Ramai


“Saya tak marah bila orang kongsi video tersebut cuma agak terasa bila orang tunjuk keadaan kita. Tapi bila saya tengok balik video tu, barulah saya nampak keadaan sebenarnya saya dan nampak teruk daripada sisi tepi.

“Sebelum ni tengok cermin, nampak depan je tapi bila tengok keadaan sebenar dari tepi, saya sedih sebenarnya,” katanya lagi.

Menceritakan keadaan kesihatannya yang terkininya kepada Gempak, Zamani mengakui tulang belakangnya semakin teruk dan sakit jika ia terus dibiarkan.

“Sebenarnya keadaan kesihatan saya semakin teruk sebab saya dah tak boleh nak berdiri tegak. Sekarang saya kena buat pembedahan masukkan besi untuk menyokong tulang belakang.

“Saya agak risau sebab perut belah kanan ni makin lama makin takde daging. Dia dah kosong dan saya takut. Sekarang memang sangat sakit sebab dia dah cucuk rusuk.

“Saya nak jalan pun susah, nak bekerja. Buat masa sekarang saya makan ubat tahan sakit sebab belum ada ubat yang dikhaskan untuk scoliosis.”

Oleh sebab itu, vokalis kumpulan Slam yang berusia 51 tahun itu akan menjalani pembedahan bagi mengubati penyakit Scoliosis yang dihidapinya.

Malah, Zamani meluahkan dia berasa risau dan takut untuk melakukan pembedahan tersebut kerana peluang untuk sembuh adalah sangat kecil.

“Peluang untuk sembuh tu sangat kecil sebab takut hasilnya makin teruk, saya kena duduk atas kerusi roda.

“Tapi saya tiada pilihan lain dah, saya ingat bila guna cara perubatan tradisional boleh sembuh tapi sekarang tiada perubahan dan makin teruk,” ujar Zamani kepada ditemui.

Zamani ditemui pada program MeleTOP yang bersiaran secara langsung di Astro, Bukit Jalil malam tadi.

Mula menyedari penyakit tersebut pada tahun 2015, Zamani memaklumkan scoliosis yang berada dalam badannya itu rupanya sudah berusia 20 tahun.

“Kini saya dan doktor masih di peringkat perbincangan kerana pembedahan ni melihatkan banyak pihak seperti isteri saya, keluarga dan juga peminat.

“Saya pun takut sebenarnya, saya sedang fight dengan karier saya dan saya perlukan banyak sokongan daripada orang disekeliling untuk beri saya semangat. Ini pun antara hidup dan mati,” jelasnya.

Dalam pada itu juga, Zamani memaklumkan dia mempunyai wang simpanan untuk membiayai kos pembedahan.

Namun jika kos pembedahan yang diperlukan melebihi simpanannya, Zamani bersedia untuk melakukan konsert bagi mengutip dana.

“Dari segi kewangan, simpanan saya ada sikit dan andai kata tak mencukupi, saya dan pihak pengurusan ada bercadang untuk buat konsert atau showcase untuk dapatkan dana.

“Buat masa sekarang saya ada komitmen beberapa persembahan tapi keadaan saya memang peminat dah tahu dan saya akan cuba buat yang terbaik,” tambahnya.

Sangat mengharapkan doa dan sokongan daripada orang di sekeliling, Zamani mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas kata-kata positif yang diterima.

“Saya nak berterima kasih pada semua peminat yang mendoakan kesihatan saya. Apa pun yang terjadi lepas pembedahan nanti, saya harap orang boleh terima dan doakan saya.

“Isteri banyak jaga saya, saya bersyukur pada Allah dikurniakan isteri yang baik.

Daripada masa saya sihat dan sampai sekarang, dia tak henti menjaga saya dengan elok, dia faham saya dan saya takut bila jadi apa-apa nanti, saya dah sediakan segalanya untuk dia,” ujarnya di akhir perbualan.

Nyanyian Zamani pun tak terjejas

” Tak dinafikan ramai pihak terutamanya penganjur yang sudah memeterai perjanjian untuk mengambil Zamani menyanyi mahu tahu situasi terkini Zamani.

” Mereka risau dia akan tarik diri atau gagal buat persembahan sedangkan dia boleh bekerja macam biasa. Nyanyian Zamani pun tak terjejas.

” Seperti saya katakan, dia sihat untuk bekerja. Malah dia berkali-kali minta saya beritahu peminat agar jangan risaukan keadaannya,” katanya.

Terdahulu, video tular keadaan penyanyi berusia 51 tahun itu yang menjayakan persembahan dalam keadaan ‘bengk0k’ yang dikongsi oleh satu portal hiburan mendapat perhatian peminat yang melahirkan perasaan simpati terhadapnya.

Sebelum itu ketika menjayakan Konsert Mentari Muncul Lagi di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu, Zamani sempat bergurau dengan penonton yang melihat keadaannya bagi meredakan kerisauan mereka.

” Terima kasih kerana setia bersama saya, dalam keadaan saya ‘straight’ ke atau ‘bengk0k’,” katanya kepada 1500 penonton yang hadir menyaksikan konsert terbabit.

Penyanyi yang meledak dengan barisan lagu popular antaranya Gerimis Mengumdang, Kembali Terjalin dan banyak lagi ini pernah memberitahu berdepan ris1ko lumpvh sekiranya menjalani pembdahan pnyakit yang dialami sejak beberapa tahun lalu.

Pnyakit yang dialaminya juga membuatkan Zamani terpaksa duduk setiap kali membuat persembahan untuk peminat.

“Cukuplah setakat ini sahaja mengenai pnyakit yang boleh saya kongsikan..” – Zamani



Sementara itu, menyedari kerisauan peminat terhadap pnyakit tuIang belakang dihidapinya sejak dua tahun lalu, Zamani tampil menjelaskan tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik dan masih berupaya untuk menyanyi seperti biasa.

Terharu sikap prihatin ditunjukkan peminat selepas video menyaksikan bentuk badannya semakin membengk0k berikutan pnyakit scoliosis yang dideritai tular, baru-baru ini, pemilik nama lengkap Zamani Ibrahim itu memaklumkan, dia masih menjalani rwatan susulan untuk mengubati penyakitnya itu.

” Hanya bentuk tubuh saya sahaja berubah, tetapi tahap kesihatan saya masih baik. Dari segi nyanyian, memang tiada masalah langsung.

” Jadi, kepada peminat, usahlah risau. Lagipun, saya masih menjalani rwatan dari semasa ke semasa. Doakan semoga pnyakit saya segera sembuh,” katanya kepada BH0nline.

Tidak mahu ia diperbesarkan

Dalam pada itu, penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Syair Si Pari-Pari itu enggan memperincikan keadaan pnyakitnya kerana tidak mahu ia diperbesar-besarkan.

” Cukuplah setakat ini sahaja mengenai pnyakit yang boleh saya kongsikan. Kalau ikutkan, saya memang tidak mahu mengulas apa-apa kerana tidak mahu ia diperbesar-besarkan.

” Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang cukup prihatin dengan keadaan kesihatan saya,” luah penyanyi berusia 51 tahun ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok memuat naik video yang menyaksikan tubuh Zamani semakin membengk0k dan menjadi tular.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selepas melihat keadaan fizikal vokalis kumpulan Slam itu.

Walaupun tidak selincah dahulu, Zamani tetap memberikan persembahan terbaik apabila vokal emasnya mendapat pujian ramai.

” Meskipun terkejut penampilan terkini saya, warga netizen tetap mendoakan saya cepat sembuh, itu sudah cukup membuatkan saya rasa dihargai,” ujar Zamani.

7 fakta menarik Zamani Slam

1) Dilahirkan pada 25 Mei 1971, pemilik nama sebenar Zamani bin Ibrahim ini berasal dari Simpang Empat, Alor Gajah dan merupakan anak jati Taman Keramat, Kuala Lumpur.

2) Bergelar vokalis kumpulan Slam dari 1994 hingga 1999, sebelum menjadi penyanyi solo sejak tahun 2002.

Antara lagu-lagu popularnya seperti Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarnya, Mentari Muncul Lagi, Rindiani, Kembali Merindu, Syair Si Pari-Pari dan Kala Hujan.

3) Lagu Gerimis Mengundang sewaktu menempa populariti luar biasa suatu ketika dahulu pernah dialihbahasakan kepada 21 bahasa di seluruh Asia.

4) Sebelum menyertai kumpulan Slam Zamani pernah dahulu menyertai kumpulan rock 80an iaitu kumpulan Scalia atau lebih dikenali sebagai kumpulan Saga pada tahun 1989. Ketika itu beliau baru berusia 18 tahun.

5) Pada tahun 1993, ketika Shah Slam mengetepikan vokalis asal kerana tidak mencapai tahap dikehendaki, ujibakat diadakan bagi mencari vokalis baru. Atas cadangan Acong Sweet Child, akhirnya mereka ditemukan dengan seorang pemuda yang bernama Zamani.

6) Pada ketika itu, Zamani baru berusia 22 tahun dan bekerja sebagai kerani di salah sebuah bank terkemuka di tempatnya. Keunikan dan kemerduan suaranya jelas memukau pihak pengurusan dan anggota kumpulan yang lain.

7) Setelah lama membujang Zamani akhirnya telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya Nur Juliana Abdul Rani pada 20 September 20I9.

Sumber:hmetr0,GEMPAK dan bharian viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم