“Bertaubat ibu, cari reda Allah”- Pesan Bekas Pengurus Peribadi Buat Mak Wan Latah

Perbalahan antara bekas pengurus peribadi dan pelakon senior, Mak Wan Latah nampaknya masih ada rentetannya susulan kedua-dua pihak tampil mengeluarkan kenyataan masing-masing.

“Bertaubat ibu, cari reda Allah”- Pesan Bekas Pengurus Peribadi Buat Mak Wan Latah



Mak Wan yang menjawab segala tuduhan bekas pengurus peribadinya sebagai satu fitnah turut menyifatkan Mell ‘sakit otak’ kerana mendedahkan segala perkara yang tidak pernah dilakukannya.

ARTIKEL MENARIK:“Itu Semua Sebenarnya..”-Akhirnya Mak Wan B0ngkar Cerita Sebenar, Anggap Bkas Pengurus 0tak Tak Betul


“Sudah2 menipu tu ibu”

Susulan daripada itu, bekas pengurus peribadi tersebut telah membuat ‘live’ di TikTok dengan meminta Mak Wan supaya sudah-sudahlah menegakkan benang yang basah apalagi dia membuat laporan polis mengatakan yang dirinya difitnah Mell.

Dalam rakaman  yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @wawaaaaaa.09 dan dikongsikan semula di TikTok, Mell telah meluahkan apa yang dirasa sekali lagi dengan menyuruh pelakon senior itu berhenti menipu serta meninggalkan segala amalan syirik yang dilakukan.


Dia juga mengakui sayang akan pelakon yang dipanggil sebagai ‘ibu’ itu walaupun telah dikhianati berkali-kali.

Bertaubatlah dan cari reda Allah

Tak hanya itu, dia yang membuat live dalam keadaan sebak turut memaklumkan sangat menghargai jasa pelakon wanita tersebut yang dianggap sebagai ibu sendiri. Namun, dia berharap supaya Mak Wan Latah insaf dan tidak lagi mengganggu orang lain dengan amalan khurafat.

Di akhir video tersebut, Mell meminta supaya Mak Wan menjaga diri memandangkan dia sudah berusia dan mematuhi segala pantang larang yang sering diamalkan seperti tidak boleh lalu di bawah ampaian.

Dari mata nampak Mell sayang Mak Wan


Perkongsian berkenaan telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet yang menyatakan bahawa riak muka Mell jelas menunjukan bahawa dia sangat menyayangi Mak Wan.

Namun, ada juga di antara mereka berharap supaya masalah ini tidak dikongsikan terus ke laman sosial kerana ia merupakan aib sesama mereka dan tuduhan-tuduhan yang agak berat itu tidak lagi dibualkan kerana sangat sensitif untuk digaduhkan secara umum.

terdahulu..

Wanita dikenali sebagai Amell berkongsi beberapa video yang memperlihatkan sisi lain aktres itu yang didakwanya panas baran.

Berdasarkan salah satu video yang dimuat naik, kelihatan seorang wanita mirip Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, dilihat seumpa sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua dipercayai bekas suaminya sambil menendang pintu.

Lelaki tua di dalam video itu jelas kedengaran suaranya yang sedang menangis namun rayuan itu tidak diendahkan.




Menjelaskan tindakannya mendedahkan video-video berkenaan, Amell ketika dihubungi mStar berkata, sudah lama dia menyimpan rahsia tentang pelakon itu tetapi mendiamkan diri kerana menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri.

Namun kini dia memilih untuk bersuara kerana mendakwa turut menjadi mangsa perbuatan pelakon itu sebelum ini.

“Tujuan saya dedahkan video tersebut kerana tidak mahu orang lain terkena sama seperti saya. Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaki hamun ketika di set penggambaran.

“Saya anggap dia seperti ibu sendiri dan menjaga dia kerana sebelum ini dia katakan dibuang keluarga sendiri.


“Lebih mengecewakan, baru-baru ini ketika berjumpa dengan ibu kandung saya, Mak Wan buat cerita kononnya saya mengambil duitnya sebanyak RM20,000,” katanya.

Menyangkal perkara tersebut, Amell sebaliknya mendakwa dia mempunyai bukti pelakon itu yang mengambil wangnya.

Ingin mencari kebenaran, Amell mendakwa turut mempunyai bukti atas semua dakwaannya terhadap Mak Wan.

Bagi mendapat pembelaan, Amell turut membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Teluk Intan pada malam Sabtu lalu berhubung kes pelakon itu mengambil wangnya.

Amell turut memberitahu akan membuat satu lagi laporan polis di Ampang dalam masa terdekat berhubung kehilangan barang kemasnya.

Sebelum ini, nama Mak Wan menjadi sebutan apabila perkahwinan yang dibina bersama Husain Dollah tidak bertahan lama apabila lelaki itu melafazkan cerai terhadapnya hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu berkahwin pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak dan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April 2022.

Husain ketika mengulas perceraian itu kepada mStar menyifatkan perkahwinan itu sebagai episod hitam dan mendakwa berada dalam keadaan tekanan disebabkan sikap Mak

Wan yang disifatkan keterlaluan dan tidak menghormatinya sebagai suami.

Lihat Video:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم