Sejak beberapa bulan lalu hangat diperkatakan mengenai mengenai kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah yang mendedahkan diganggu pihak ketiga.
Terbaru, timbul desas desus mengatakan Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dalam masa tedekat dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK:“Mohon Jangan Terpedaya Dgn Berita P4lsu…,” – Baru Je Pemergian Adibah Noor, Pembantu Peribadi Tampil Cerita Perkara Sebenar
Semalam, dalam Melodi bapa kepada pengarah popular itu iaitu Datuk Yusof Haslam diminta mengulas mengenai isu rumah tangga anak menantunya.
Ditanya mengenai desas desus anaknya bakal berkahwin lagi, beliau tidak boleh mengulas mengenai berita itu apatah lagi ianya disensasikan di media sosial.
“Sebagai seorang ayah kita mesti terasa, sebagai orang tua saya mendoakan anak-anak saya dilindungi Allah, buatlah sesuatu pilihan bukan silaplah.
“Saya tak boleh cakap berita benar, saya pun baca dekat media sosial sahaja. Saya harap benda tu tidak menjadi kenyataan. Saya dan Datin sayangkan rumah tangga anak saya, menantu saya, besan saya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan hubungannya dengan Syamsul masih baik namun enggan mengulas lanjut mengenai kelemut rumah tangga anak menantunya.
“Kita sebagai orang tua hanya boleh memberikan nasihat, mendoakan yang terbaik. Itu sahaja. Sebab saya tak boleh bagi komen menyebelahi menantu saya, anak saya. Saya kena tengah-tengah. Dua-dua kita sayang,” katanya.
Diakhir temubual itu, beliau turut menitipkan pesanan buat menantunya Puteri Sarah agar terus kuat dalam mempertahankan rumah tangga.
“Saya cuma doakan mudah-mudahan Sarah kuatkan semangat ya, kalau boleh pertahankan rumah tanggalah. Semoga Sarah terus tabah, istiqamah dan hadapi dengan tenang.
“Walaupun saya tahu bercakap memang mudah, menanggungnya di bahunya sendiri. Saya harapkan yang terbaik untuk Sarah, menantu saya,” titipnya.
Berikut reaksi dari netizan
Betapa Sayangnya Datuk Dengan Menantu
“Bagus datuk Yusuf Haslam ni. Dia org lama dlm industri dan dia betul2 praktikkan seniority tu depan publik. Walau wartawan asak mcm2 soalan yg boleh naik darah tapi datuk tenang jer. Cakap berlapik, sgt berhati2 buka mulut dan bersikap tidak menyalah dan tidak pulak memihak mana2. Walhal dari perasaan sebak tu kita boleh tahu apa yg bersarang dlm hati datuk bila rumahtangga anak menantu diuji begini.” komen Maria
“Betapa syg nya Datuk kepada menantunya puteri Sarah. Ini bermakna dia sgt sayang kan rumahtangga anak2 nya n x sanggup nk tgk menantu dia bercerai berai kerana kesalahan anaknya.Tak salah puteri Sarah nk fight utk selamatkan perkahwinannya . Tp talak di bawah kuasa lelaki. Semoga di permudahkan urusan puteri Sarah. Sedihhh weii” komen Amani Zaman
Kredit -
إرسال تعليق