Pengurus kepada penyanyi dan pelakon, Allahyarhamah Adibah Noor, Cik Todd memaklumkan tanggungjawab menjaga kesemua kucing peliharaan arwah kini digalas sepenuhnya oleh pihak keluarga dan dirinya sendiri.
Menurut Cik Todd, kesemua kucing-kucing tersebut kini berada dalam keadaan yang sangat baik dibawah jagaan mereka.
ARTIKEL MENARIK:Adibah Noor meninggal dunia. Status terkahir arwah di IG tarik perhatian ramai
Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing2 arwah Adibah Noor terpelihara dgn baik dibawah jagaan PA Adibah Noor & keluarga arwah. Mohon jgn terpedaya dgn berita berita palsu mengenai kebajikan anak anak kucing tersebut.
PA Adibah Noor: ( Cik Todd) pic.twitter.com/JzJcAPqO7F
— ADIBAH NOOR (@adibahnoor) June 20, 2022
“Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing-kucing arwah Adibah Noor terpelihara dengan baik dibawah jagaan PA Adibah Noor dan keluarga arwah,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya itu menerusi sebuah ciapan di akaun Twitter milik Adibah Noor pada petang Isnin.
Dalam pada itu, Cik Todd turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak mudah terpedaya dengan info-info palsu daripada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut.
“Mohon jangan terpedaya dengan berita-berita palsu mengenai kebajikan anak anak kucing tersebut,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa lega selain turut mendoakan segala urusan untuk menjaga kucing-kucing tersebut akan dipermudahkan.
“Waalaikumussalam. Moga Cik Todd juga dalam kesejahteraan.
“Alhamdulillah dan tahniah Cik Todd kerana sambung menjaga kucing-kucing kesayangan arwah. Semoga Cik Todd dimurahkan rezeki.
“Semoga sentiasa dalam rahmat Tuhan.
“Harap semua dapat dijaga dengan baik. Terima Kasih update Cik Todd. Al fatihah untuk allahyarhamah.
“Happy sangat mendengar cerita kucing kucing sayang,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Arwah tak kisah belanja RM3,000 demi kucing – Pengurus Adibah Noor
Pengurus Allahyarham Adibah Noor, yang dikenali sebagai Todd, memaklumkan, arwah penyanyi tersebut tidak pernah berkira untuk mengeluarkan belanja yang banyak demi memastikan kucing-kucingnya terpelihara dengan baik.
Menurut Todd, arwah Adibah menyediakan wang belanja dengan anggaran sebanyak RM3,000 setiap bulan untuk tujuan tersebut termasuk membeli makanan dan keperluan lain bagi 24 ekor kucing yang dijaganya.
“Kak Dib memang jaga kucing-kucingnya sejak semuanya masih kecil lagi. Ada antara kucing itu orang bagi dan ada yang datang sendiri. Tapi tak ada pun penambahan kucing baru.
“Kucing jadi banyak sebab beranak-pinak, itu yang bertambah. Kesemuanya ada 24 ekor dan selalunya arwah akan membelanjakan wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan kucing.
“Saya boleh katakan yang arwah memang seorang yang tidak pernah berkira bila melibatkan kucing-kucingnya,”katanya.
Selain itu, menyedari arwah begitu sayangkan semua kucing tersebut, Todd mengaku bagaimanapun tidak sanggup untuk memberikannya kepada orang lain.
Ini kerana,kata Todd, dia berpegang kepada amanah dan janjinya kepada arwah Adibah sebelum penyanyi tersebut meninggal dunia.
“Saya terima banyak mesej daripada pelbagai pihak yang menyatakan kesediaan untuk membela kucing-kucing arwah. Malah ada pihak tawar diri nak jaga kucing arwah. Kucing-kucing masih berada di rumah arwah kak Dib.
“Arwah memang sudah amanahkan saya untuk menjaga kucingnya. Arwah kata bila dia tak ada, tolong jaga kucing dia. Untuk pengetahuan, semasa dia masih ada pun, saya bantu jaga juga.
“Jadi, memang tak pernah berniat pun nak bagi kucing-kucing arwah kepada orang lain. Saya dan kakak arwah yang akan jaga semuanya,” katanya.
Sabtu lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita permegian penyanyi Adibah Noor yang meninggal dunia pada pukul 7.40 malam selepas alami sesak na4s.
Allahyarham meninggal dunia kerana menghidap k4nser ovari.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, pada Ahad.
kredit: media hiburan via Trending Sangat
إرسال تعليق