Taiping: “Jangan viral (tular), okay.” Demikian amaran diberi oleh pelakon veteran yang dikenali dengan gelaran Mak Wan Latah kepada petugas media yang merakam visual beliau sejurus sebelum memasuki kamar bicara Mahkmah Majistret, di sini, hari ini.
Mak Wan Latah atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, dihadapakan ke mahkamah itu atas tuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan tujuan membangkitkan kemarahan terhadap seorang wanita, bulan lalu.
ARTIKEL MENARIK:“Yang Melaga Laga, Memanaskan Ini Ialah…,” – Neelofa Pesan Tak Perlu Penatkan Tangan, Mulut & Kepala
Halimatussa’diah bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Nur ‘Atiqah Sapari.
Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja meludah kepada Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, di Kampung Titi Kasai, Batu Kurau, di sini kira-kira 7 malam, 24 Jun lalu.
Kesalahan itu dibaca mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping, Inspektor Khoo Thean Heng menawarkan jumlah jaminan RM5,000 terhadap tertuduh sebelum Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000.
TERTUDUH sebelum memasuki kamar bicara. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Ia selepas peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebngsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh, T Selvadoray meminta mahkamah mengambil kira pendapatan tertuduh yang tidak menentu kerana bekerja sambilan selain merupakan ibu tunggal kepada empat anak.
Majistret turut menetapkan 5 September depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Didie Alias Dah Tahu Cerita Sebenar! Kongsi Perkembagan Makwan Dan Bek4s Pembantu Per1badi
Polemik yang melanda pelakon senior, Halimatussa’diah Mohd Daud atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan Latah dengan bekas pembantu peribadinya mungkin akan berakhir tidak lama lagi apabila kes berkenaan kini dalam penelitian pihak berkuasa dan juga mhkamah.
Didie berkata, dia sudah pun bertemu dengan Mak Wan beberapa minggu lalu dan telah mendengar cerita sebenar dan segala hal yang berkaitan dengan 1su daripada mulut dramatis itu sendiri.
“Saya sendiri minta dia bercerita kepada saya kerana dalam ramai-ramai kawan artis, tiada siapa pun yang ambil tahu hal berkaitan dirinya.
“Alhamdulillah, saya sudah pun dapat cerita sebenar tentang 1su berkenaan, A sampai Z. Selepas saya dapat cerita sebenar, saya akan selamanya menyebelahi Mak Wan. Sebab kita ada bukti. Sebagai contoh, bukti duit keluar masuk dari bank yang diuruskan oleh pihak berkenaan.
“Ya mungkin Mak Wan tahu dia keluarkan untuk apa, tapi benda tu tak dapat. Sedangkan dia nak beli ubat dan makan pun tiada duit. Kenapa mesti kau ani4ya dia macam tu? Dan kenapa kau mesti create content yang menjatvhkan reputasi dia? Apa yang kau dapat sebenarnya?,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Didie berkata, bekas pembantu peribadi Mak Wan ada meminta untuk berjumpa, tetapi dia selesa untuk berjumpa dengan Wan Wan terlebih dahulu.
“Memang dia ada ajak jumpa, siapa panggil saya pengecvt. Tapi kau siapa? Sebab tu saya memilih untuk berjumpa dengan Mak Wan dulu,” katanya.
Dalam masa yang sama, Didie turut berkongsi perkembangan terkini Mak Wan yang sudah pun dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberikan keterangan lanjut mengenai 1su berkenaan.
“Mak Wan telah dipanggil oleh pihak p0lis di Balai Polis Taiping, Perak pada Selasa. Dan setahu saya, k3s ini akan dibawa ke mhkamah pada 28 Julai ini. Sebagai yang rapat dengan Mak Wan, saya akan teruskan pantauan.
“Saya harap agar kita dapat doakan bahagian Mak Wan selesai dengan cepat. Kita minta pihak berkuasa untuk mengadili hal ini dengan saksama. Sebab bukti semua dah ada. Orang lain pun tak nak bantu dia, persatuan pun… di mana merek? Jadi siapa lagi nak bantu kalau bukan kita?,” tutup Didie.
Terdahulu, bekas pembantu peribadi Mak Wan Latah mendedhkan sikap sebenar bekas majikannya yang dikatakan sebagai p4nas bar4n dan suka membuat cerita.
kredit: hmetro
Kredit -
إرسال تعليق