“Setiap kali jumpa bergaduh” – Enggan Tarik Balik Tuduhan, Sebab Yg Bekas Isteri Beri Buat Radhi OAG Terkedu

ENGGAN menarik semula tuduhan, bekas isteri kepada penyanyi Radhi OAG iaitu Nur Shahira Ayu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung kes memukul dan mencederakan diri yang dilakukan oleh penyanyi itu pada April lalu.

“Setiap kali jumpa bergaduh” – Enggan Tarik Balik Tuduhan, Sebab Yg Bekas Isteri Beri Buat Radhi OAG Terkedu



Menurut Ayu, Radhi tidak sepatutnya memanjangkan isu ini dan cukuplah sekadar memberi kenyataan di mahkamah supaya ia boleh diselesaikan segera.

ARTIKEL MENARIK:“Kenapa pula cakap media?” Wartawan ‘K0yak’, Rupanya Ini Yang Noh Salleh Cakap Kat Mereka


“Saya tidak akan tarik semula pertuduhan dan biarlah mahkamah selesaikan kes ini.

Ayu menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk selesaikan kes.

“Lebih baik beri kenyataan sudah minta maaf. Cukuplah beri keterangan yang diminta mahkamah sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada 20 April lalu, Radhi ditahan di kawasan kediamannya di Kota Damansara, Selangor selepas dipercayai memukul bekas isteri, bagaimanapun penyanyi ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Ketika ditemui di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu, Radhi mengakui terkilan apabila isu rumah tangga mereka berlarutan sehingga menjadi kes mahkamah.

Justeru itu, dia merayu agar bekas isterinya itu menarik semula tuduhan dan berharap ia dapat diselesaikan secara baik demi anak-anak.

Dalam pada itu, Ayu mengakui sukar untuk mereka mencapai kata sepakat kerana sering bergaduh setiap kali berjumpa sebelum ini.

Janganlah guna alasan demi anak-anak. Lebih baik buang ego itu dan perbaiki diri untuk masa depan
NUR SHAHIRA AYU
“Macam mana nak selesaikan cara baik kalau setiap kali berjumpa kami bergaduh. Bercakap di telefon pun sama juga.




“Janganlah guna alasan demi anak-anak. Lebih baik buang ego itu dan perbaiki diri untuk masa depan.

Radhi bersama barisan peguam.

“Kalau tanya tentang memaafkan, saya tiada komen sebab tidak boleh terima apa yang dia lakukan,” ujarnya.

Untuk rekod, Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dikurniakan dua anak, Muhammad dan Nur Aisyah masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Selepas bercerai, Ayu dan anaknya itu menetap bersama ibu bapanya di Kota Damansara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

kredit: mstar


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم