“Ada orang tak suka tengok kita berjaya”-Sharnaaz Jual Balik Francais Bubblebee, Shuib Mula Bersuara

Pelawak dan usahawan, Shuib memaklumkan rakan pelakon, Sharnaaz Ahmad bukan lagi rakan kongsi francais Bubble Bee yang diuruskannya.

“Ada orang tak suka tengok kita berjaya”-Sharnaaz Jual Balik Francais Bubblebee, Shuib Mula Bersuara



Menurutnya menerusi perbincangan, mereka mencapai penyelesaian yang baik dalam perkara ini.

ARTIKEL MENARIK:Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi, apa yg dia buang atas pentas tarik perhatian ramai


“Dia salah seorang rakan kongsi kita di cawangan di Setapak. Itu kerjasamanya dengan Bubble Bee. Akhirnya kita selesaikan dengan beli semula cawangan itu.

Saya buat perbincangan sangat baik dengan Sharnaaz. Kami beli semula cawangan itu dan alhamdulillah semua berjalan lancar.

“Saya dengan dia okey tiada masalah. Namun saya tak tahu punca dia enggan teruskan bisnes ini,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Bubble Bee by Zara Zya, hari ini.

Shuib berkata, dia beranggapan kesibukan Sharnaaz menjadi punca dia melepaskan bisnes ini. “Saya kenal dia seorang yang sibuk.

Kalau semasa dengan Sharnaaz pun ada masalah, itu adalah masalah dalam bisnes. Ia takkan dibawa masuk dalam industri.

“Saya boleh pergi main golf dengan dia dan lepak dengannya. Buat program pun bersama-sama dengan dia.




Memang tiada masalah langsung sebab dia pun bisnesman,” katanya. Shuib berkata, dia pernah berdepan dugaan yang sangat hebat dalam bisnes apabila diminta membantu siasatan

“Ketika itu saya beranggapan mungkin ada orang tak suka tengok kita berjaya. Saya kadang-kadang tengok Ahli Lembaga Pengarah kata jangan beritahu orang apa wawasan kita dan apa sukses kita. “Tapi saya tak boleh lari dari benda ini.

Saya pula pegang kalau benda ini boleh bagi inspirasi pada orang lain, mengapa tidak? Sebab saya juga terinspirasi dari orang lain. “Saya terinspirasi dengan Datuk Rosyam Nor. Saya okey dengan dia.

Sumber: HMETRO ONLINE


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم