Niat mahu beri ‘mini love’ masa perbarisan, sekali tersalah tunjuk jari

PETALING JAYA – Gelagat seorang peserta kanak-kanak mahu memberikan isyarat jari ‘mini love’ sebaliknya tersalah tunjuk jari lain pada Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur mengundang gelak ketawa orang ramai.

Niat mahu beri ‘mini love’ masa perbarisan, sekali tersalah tunjuk jari



Menerusi video tular pada laman sosial, kanak-kanak lelaki itu menyertai perarakan bersama sebuah jabatan kerajaan dan berusaha menunjukkan isyarat jari ‘mini love’ kepada pengunjung.

ARTIKEL MENARIK:Ramai Luah Rasa Gembira Tgk Bossku Dipenjara, Sekali Ustazah Asma Titip Pesanan Ini



Selain itu, kedengaran suara pengunjung memintanya berbuat demikian, namun sebaliknya terjadi apabila kanak-kanak tersebut tersalah menunjukkan jari yang lain.




Berikutan itu, seorang lelaki iaitu anggota jabatan yang menyertai perarakan tersebut, menyedari kesilapan kanak-kanak itu dan segera memperbetulkannya.

Dalam pada itu, pengguna laman sosial terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu kerana kesilapan tersebut adalah tidak disengajakan.

“Comel saja, dia pun keliru tengok jari sendiri,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Muka kekal selamba adik,” ujar seorang lagi pengguna. -KOSMO! ONLINE


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم