Datuk M Daud Kilau Di Sangka Telah Meninggal Dnia,Isteri Tak Henti Terima Ucapan ‘Takziah’. Sebenarnya Ini Yg Berlaku

“Saya masih hidup,” demikian kenyataan Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau berhubung penyebaran berita palsu mengenai kematian yang tular, hari ini.

Datuk M Daud Kilau Di Sangka Telah Meninggal Dnia,Isteri Tak Henti Terima Ucapan ‘Takziah’. Sebenarnya Ini Yg Berlaku



Menerusi rakan baik, Syed Yusof Wafa Syed Nordin, penyanyi bersuara lunak memberitahu mengetahui penyebaran berita palsu berkenaan selepas isterinya. Datin Rohani Awang Ngah menerima ucapan takziah daripada teman-teman.

ARTIKEL MENARIK:Muat Naik Hantaran Berbaur Sindiran, Azhar Sulaiman Dah Delete. Tapi Benda Dah Tersebar


Syed Yusof Wafa berkata, dia baru sahaja pulang menziarahi M Daud di Hospital Teluk Intan, Perak, petang ini.

“Beliau memaklumkan kepada saya, isterinya menerima panggilan telefon tak henti-henti daripada rakan untuk mengucapkan takziah.


M Daud sempat membuat panggilan video berbual dengan CEO FINAS, Md Nasir, petang ini. – Foto Ihsan Syed Yusof Wafa
Percaya dengan kuasa doa, Syed Yusof Wafa menyampaikan pesanan penyanyi lagu evergreen, Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu.

“Beliau mengharap peminat mendoakan agar kesihatan segera pulih dan juga kesejahteraannya,” ujar Wafa.

Sebagai bukti, Wafa turut mengirimkan beberapa gambar keadaan terkini penyanyi veteran termasuk video menyaksikan M Daud membuat panggilan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim.

Enam tahun lalu, M Daud pernah menjadi mangsa penyebaran berita palsu apabila ada mendakwa sudah meninggal dunia.

Bagaimanapun, M Daud memaafkan penyebar berita palsu itu.

M Daud Kilau boleh jamah makanan seperti biasa

Kesihatan bintang veteran, Datuk M Daud Kilau yang dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) akibat sesak nafas, Rabu lalu, makin pulih.

Anaknya, Ahmad Zaini berkata, sehingga tengah hari tadi, kesihatan bapanya semakin pulih dan alat pernafasan sudah dibuka.

“Berkat doa kita semua syukur Alhamdulillah, mulai pagi tadi, alat pernafasan sudah dibuka.

M DAUD yang dirawat di HTI beransur pulih dan mampu menjamah makanan seperti biasa.

MESEJ M. Daud Kilau telah meninggal dunia yang tular dalam media sosial hari ini. – UTUSAN/MEDIA SOSIAL

“Ayah sudah pulih dan boleh makan saperti biasa,” katanya ketika dihubungi BH Online di sini, hari ini.

Ahmad Zaini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan bapanya sembuh.

“Terima kasih semua yang mendoakan ayah… Allah kurniakan kesembuhan,” katanya.




Semalam BH Online melaporkan M Daud yang sebelum ini kritikal akibat masalah paru-paru berair, stabil dan sudah sedarkan diri.

Rabu lalu, M Daud digelar Raja Gelek Malaysia dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas.

Ahmad Zaini dilaporkan berkata, bapanya dibawa ke HTI pada 12 tengah malam sebelum doktor mengesahkannya kritikal dan mengalami masalah paru-paru berair.

Penyanyi lagu malar segar, Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

M Daud yang dilahirkan di Bagan Datoh, Perak aktif dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 mendendangkan lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis.

M Daud kemudian ditawarkan menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut.

Pada 1985, M Daud menjuarai pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori nyanyian asli.

Aksi M Daud bergelek selain kecenderungan melaram di pentas sambil menukar persalinan secara spontan, mengumpan peminat sejak era 1980-an.

Selain Cek Mek Molek dan Sirih Pinang, M Daud popular dengan lagu Anak Derhaka, Gila Judi dan Pening yang dirakam bersama Ezlynn pada 2003.

Februari lalu, BH Online melaporkan tidak segagah dahulu selepas kesihatannya terjejas enam tahun lalu.Ketika artikel disiarkan BH Online, M Daud yang menghidap penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama selain kebas kaki, tangan dan sakit pinggang.Selain itu, daya pendengarannya semakin kurang.

M Daud dilaporkan berkata, beliau banyak bergantung kepada ubat-ubatan.

Malah, beliau perlu ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk dan HTI untuk melakukan pemeriksaan secara berkala.

KREDIT: BHARIAN


Kredit -Trending Sangat
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم