Pelakon veteran, Zaidi Omar, 64, mendedahkan dia tidak mengamalkan pemakanan yang berunsurkan gula malah, sentiasa minum air kosong untuk kekal bertenaga demi meneruskan gaya hidup yang sihat.
Menerusi laporan Utusan Malaysia, dia mengakui tidak mengambil pemakanan yang manis sejak daripada dahulu lagi dan mengamalkan senaman di gimnasium pada setiap hari untuk menjaga kesihatannya.
ARTIKEL MENARIK:“Kau Siapa Nak Sound? Apa Masalah Sangat Pada Kau” – Ifa Raziah Geram, Guru Vokal Komen Teknik Nyanyian
“Di rumah saya tidak ada gula. Kalau pergi ke mana-mana majlis, saya tidak akan mengambil minuman manis, sebaliknya hanya minum air kosong,” katanya. Bukan itu sahaja, pelakon kelahiran Johor itu turut memaklumkan untuk mengelakkan berat badan naik secara mendadak, dia hanya makan nasi separuh pinggan sahaja.
Malah, Zaidi akan tidur seawal jam 10 malam untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan jarang untuk keluar daripada rumah untuk lepak bersama rakan-rakannya. “Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tidak habis.
“Kalau tidak ada penggambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,” jelasnya lagi. terdahulu, Sumber: Utusan Malaysia (Mohammad Al Faizal Abdul Karim)
komen netizen, Jangan malu rumah tak ada gula, rumah Dr Imelda Balchin pun tak ada gula, sebab tu Dr sentiasa sihat , Aku pernah singgah rumah kawan 30 tahun yg lalu, air pun x hidang, isterinya bg tau gula x dak, tetamu nak minum kena singgah kat kedai la. Rumah sy ada gula walaupun jarang guna. Buat masak kek untuk orang lain, saje jamu2 orang. Boleh dipercayai jugak.. sbb biras sy sndri jenis x mkn n minum manis2.. air fav dia mmg air masak putih je.. ada je org mcm ni yg jenis betul2 jaga kesihatan..
Sumber : mStar
Kredit - Bulletin 50 Times.
إرسال تعليق