Abang Viva dah kahwin! Isteri dedah mulanya ‘jadi orang tengah’, hubungan on-off sebelum dilamar ketika live

NAMA Azwan Omar atau Abang Viva sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Abang Viva dah kahwin! Isteri dedah mulanya ‘jadi orang tengah’, hubungan on-off sebelum dilamar ketika live



Terbaharu, aktivis yang aktif dalam misi banjir itu selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Evanoza Zakaria, pada 14 Oktober lalu.

ARTIKEL MENARIK:[V] Apa kes abang J&T bawa lori sampai ke pantai? Netizen syak sesat guna Waze… “Siapa yang salah letak alamat ni”


Bertempat di Pejabat Agama Islam Melaka, Azwan yang menyerahkan mas kahwin sebanyak RM150, sebentuk cincin serta wang hantaran bernilai RM8,888 sah bergelar suami kepada Evanoza dengan sekali lafaz.

Isteri Azwan yang juga jurulatih kecergasan mengimbas semula detik perkenalan mereka, kira-kira setahun lalu.

“Kami dah kenal setahun. Selain bekerja sebagai personal trainer, saya juga merupakan event organiser. Jadi, saya pernah jemput dia untuk program.

“Saya tak tahu dia nak berkenalan dengan saya masa hari pertama jumpa. Tapi setiap hari dia mesej, tanya khabar. Masa tu pula dia ada digosipkan dengan orang lain, jadi saya tak ambil port.

“Kemudian ada kawan minta saya tanyakan Azwan, untuk minta reviu. Saya jadi orang tengah. Dia juga pernah senyap sekejap dengan saya. Saya dengar dia dah nak kahwin, nak tamatkan zaman bujang. Ingatkan dia dah nak kahwin.

“Saya jumpa dia balik masa hari raya. Saya buat open house. Dia datang ketika majlis dah habis, dah waktu malam. Kawan-kawan masih ada cuma makanan dah tak meriah. Bermula hari tu, dia terus contact balik. Dia suka tanya khabar,” imbasnya.

Menurut wanita Melayu berdarah campuran Portugis, Acheh dan Cina itu, mereka turut bertemu dalam satu majlis di Cheras, Kuala Lumpur pada 26 Julai lalu.

Selepas program berkenaan, dia dijemput untuk menyertai siaran langsung (live) TikTok oleh Azwan sebelum dilamar di hadapan netizen yang sedang menonton.

“Saya tak terfikir dia akan melamar masa live. Masa 26 Julai, kami ada event di Cheras. Saya dah habis event, dah nak balik. Lepas tu dia buat live, dia invite saya dalam live TikTok.

“Saya ingat dia main-main, dia cakap sudi tak awak terima. Saya berbahasa aku kau dengan dia. Saya cakap kau ni… Saya ingat dia gurau. Lepas tu dia repeat lagi sekali, baru lah saya rasa yang dia serius dan saya pun terima.

Menurut Evanoza, dia juga terbuka hati menerima Abang Viva kerana kesungguhannya, selain sikap prihatinnya dalam membantu masyarakat.




Evanoza juga tidak kisah untuk ikut serta dalam misi bantuan suaminya kerana dia sendiri pernah terlibat secara serius dalam lapangan kerja itu.

“Saya pernah ikuti misi bantuan banjir dengan dia sebelum ni. Pergi misi bersendirian atau dengan kawan-kawan pun pernah.


“Ketika banjir di Shah Alam, saya turun dengan kawan-kawan. Di Terengganu saya turun seorang diri. Saya juga ada pengetahuan untuk buat bantuan pernafasan kecemasan (CPR). Ada background dalam misi bantuan.

“Jadi tak ada masalah untuk ikut serta. Sekiranya ketika kami keluar buat misi bersama, tiba-tiba ada orang nak bergambar dengan dia, saya faham dan tak cemburu.

“Saya tak adalah nak tunggu-tunggu. Bila orang panggil-panggil dia, saya buat kerja saya. Tiada masalah,” ujarnya.

Mengenai resepsi, ia dirancang pada Disember depan namun belum disahkan memandangkan pasangan itu bakal sibuk dalam misi bantuan kerana banjir dijangka melanda tidak lama lagi.

Akhir bicara, Evanoza turut menitipkan ucapan terima kasih buat netizen atas doa-doa yang dikirimkan buat dan suami.

“Terima kasih sangat-sangat sebab doakan yang baik-baik. Semoga doa ini berbalik kepada anda semua dan kita sentiasa dilindungi,” ujarnya.

Untuk rekod, nama Abang Viva mula popular selepas dia menjalankan misi banjir solo di Selangor, Terengganu dan beberapa negeri lain awal tahun lalu. Sumber : mStar


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم