KEHADIRAN seorang lelaki ke Malaysia yang mendakwa dia merupakan keturunan ke-38 Nabi Muhammad meraih perhatian orang ramai.
Dalam satu rakaman tular, Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi yang berasal dari Maghribi dilihat sedang berada dalam satu majlis sambil dikerumuni tetamu yang hadir.
ARTIKEL MENARIK:Mngsa Kmalangan Mesej Kawan2 Sebelum ke Makkah. Sekali Kakak Tampil Nafi Satu Dakwaan Tak Betul Pasal Arwah
Berpeluang untuk bertentang mata dengannya, seorang lelaki yang sedang mendukung bayi tidak melepaskan peluang untuk merakam swafoto bersama individu berkenaan.
Paling mencuri tumpuan tentunya aksi seorang lagi lelaki berserban sedang mengupas kulit udang untuk Mawla.
Video itu dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Daisy Rose dengan kapsyen ‘Ya Habibi’ sehingga meraih 1.8 juta tontonan.
Rata-rata netizen turut meninggalkan komen mengenai layanan istimewa yang diberikan kepada Mawla.
“Untunglah nak makan udang pun ada yang tolong buangkan kulit.
“Rasanya dia tak nak orang kupaskan tapi orang mengada-ngada nak ambil berkat sampai nak kupaskan.
“Mawla nampak tak selesa di situ,” tulis beberapa netizen.
Untuk rekod, nama Mawla tular selepas dia datang ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul.
Namun, kisahnya bertambah kecoh apabila program yang dirancang tidak mendapat kelulusan jabatan agama beberapa negeri seperti Terengganu, Kedah dan Kelantan, sehingga ia terpaksa dibatalkan.
VIDEO:
Individu dakwa keturunan nabi hanya mahukan nama: Mufti NS
SEREMBAN – Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menyifatkan tindakan individu yang mendakwa dari keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW hanya mahukan nama.
Malah tegas Mohd Yusof, sebagai umat Islam sepatutnya tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan dakwaan seperti itu.
“Kita yang mendengar cerita-cerita macam ini sebenarnya abaikan sahajalah, apa-apa dakwaan mengatakan dirinya keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sama ada dia keturunan nabi ke tak, kita Ini pun semua keturunan Nabi Adam AS belaka. Jadi tak ada peliknya kalau ada dakwaan-dakwaan seperti itu.
“Maka tak perlulah kita terpengaruh sekali gus beri peluang kepada orang-orang ini sebab mereka hanya nak mencari nama, itu sahaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Jelas beliau lagi, dalam kehidupan beragama Islam, siapa sahaja yang menyampaikan agama iaitu pegangan dan fahamannya betul, itu yang perlu diikuti.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai pembatalan satu program yang menampilkan lelaki yang mendakwa sebagai keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam satu majlis maulid di beberapa buah negeri.
Antara negeri yang telah membatalkan majlis tersebut ialah Kedah, Terengganu, Melaka dan Kelantan.
Sementara itu, Mohd Yusof berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan berkaitan program melibatkan lelaki yang mendakwa sebagai keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW di negeri ini.
“Setakat ini tak ada lagi yang membuat permohonan, kalau ada pun kita tak benarkanlah malah maklumat itu ada dalam pengetahuan pihak Jabatan Mufti Negeri Sembilan,” katanya.
Ebit Lew jumpa individu dakwa keturunan Rasulullah, Mawla Muhammad
Pendakwah bebas popular, Ebit Lew melahirkan rasa bertuah dapat bersua muka dengan individu yang mendakwa dirinya keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW, Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi.
Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran status terbaharu media sosialnya.
“Rezeki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjumpa dengan Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi. Alhamdulillah, terkesan dengan akhlak mulia Mawla lemah lembut orangnya.
“Orang soleh dan penuh dengan adab. Merendah diri orangnya. Saya minta beliau mendoakan saya. Beliau minta saya doakannya. Kami saling mendoakan,” coretnya menerusi satu entri dalam Facebook selain menyertakan beberapa keping foto bersama individu kelahiran Maghribi itu.
Menerusi hantaran status sama, Ebit memaklumkan, dalam pertemuan tidak dirancang tersebut, dia sempat meminta nasihat berkenaan ujian dalam berdakwah menegakkan syiar Islam.
“Sempat saya minta nasihat tentang ujian dalam dakwah dan hidup. Katanya, apabila ada ujian itulah dakwah.
“Rasulullah SAW doa hidayah untuk umat. Nabi Muhammad SAW tidak minta dibaling batu ketika di Thaif tetapi ujian tidak berhenti.
“Rasulullah SAW tetap mendoakan kebaikan dan hidayah. Sunnatullah dalam dakwah ditentang dan diuji. Ya Allah berjuta kebaikan yang Kau berikan padanya, berikanlah sedikit pada saya,” tulisnya lagi.
Pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew berasa bertuah dapat bertemu dengan individu yang mendakwa dirinya keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW, Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi.
Terdahulu, Mawla gagal mendapatkan kelulusan daripada beberapa jabatan agama negeri membuatkan program beliau di Kedah, Terengganu, Kelantan dibatalkan. Sementara itu, nasab keturunan individu itu yang mendakwa sebagai keturunan Nabi Muhammad SAW turut mendapat tentangan daripada beberapa pihak.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan pihak mereka tidak membenarkan ceramah atau program Maulidur Rasul yang dihadiri Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi.
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Kredit -
إرسال تعليق