Ketulan Dalam Perut Dah Cecah 6cm, Isteri Fad Bocey Jalani Pembedahan

Tindakan pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey yang berkongsi video memaparkan isterinya, Syaheera Rahman sedang ditolak di atas kerusi roda nyata menimbulkan kerisauan di hati para peminat.

Ketulan Dalam Perut Dah Cecah 6cm, Isteri Fad Bocey Jalani Pembedahan



Malah, Fad juga turut memohon kepada semua pihak untuk mendoakan agar isterinya itu sentiasa dilindungi dan diberikan kesembuhan. Menerusi perkongsian di Instagram stories, Syaheera memaklumkan dia sebenarnya sudah kerap kali keluar masuk hospital disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak menentu.

ARTIKEL MENARIK:“Dia tidak boleh menuduh sewenang-wenangnya”-Ingat Dah Settle, Sekali Erma Fatima Beri Peringatan Ini Kepada Zul Ariffin




“Banyak yang dm sak1t apa pula kali ini. Mesti pelik kan Sya dan penyak1t berpisah tiada. Haritu baru warded. Ni warded lagi. Ceritanya adalah yang haritu warded tu sebab memang attack dalam perut.

“Sak1t yang saya cuba untuk hadam dan tahan. Lagi power dari sakit nak bersalin tu. Any painkiller pun tak jalan. Maknanya serah diri juga dan saya buat ct scan. Jadi doktor sahkan ada jangk1tan dan cyst saiz 2cm,” tulisnya.

Jelasnya lagi, dia menjadi bertambah risau apabila saiz ketulan tersebut telah membesar sehingga 4cm.

“Dimana saya tak perlu risau pun tapi bila dah discharge sak1t tu datang kembali tanpa dijemput. Tetap sakit yang kuat sangat.

“Bila check lagi dengan Dr. Norleen, cyst tu jadi 4cm. Eh dia makan apa ya membesar bagai juara,” ujarnya lagi.

Lantaran itu, Syaheera mendedahkan dia terpaksa menjalani pemb3dahan kerana bimbang sekiranya keadaan ketulan tersebut semakin melarat sehingga boleh menyebab kans3r.




“Jadi, bila kita putuskan untuk last check up, tahu tak jadi apa? Cyst tu dah bersaiz 6cm. Takkan nak tunggu besar baru nak remove dan tanpa cakap banyak, saya bersedia untuk serah diri.

“Cyst ni paling risau kalau dia pecah dan rupanya cyst tu kans3r memang sangat bahaya sebab boleh merebak. Saya selalu berdoa yang ia bukan kans3r. Inilah sebab saya di sini. Sesiapa yang ada cyst, tolong jangan ambil mudah. Check betul-betul,” akhirinya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Fad itu, rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan agar pembedahan tersebut berjalan lancar.


Sekadar informasi, Fad dan Syaheera telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan sudah dikurniakan empat cahaya mata.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Syaheera Rahman & Fad Bocey via MH


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم