BERITA kemαtian Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, yang rentvng dalam kemαlαngan jalan raya pada Sabtu ternyata mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen.
Tidak terkecuali tentunya bekas rakan sekuliah Allahyαrham dari Politeknik Merlimau iaitu Mohammad Syafiq Shariff yang mengaku masih terkejut dan sukar percaya dengan khabar duka itu.
ARTIKEL MENARIK:VIRAL Video Menyayat Hati Suami Lihat Isteri Rentung Depan Mata
“Saya ada buat bisnes tudung dan arwah Azie (Nazihah) selalu beli dengan saya. Jadi saya selalu pergi buat COD ke rumahnya. Kali terakhir kami jumpa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masa tahun 2021.
“Walaupun lama tak berjumpa, kami masih contact dan berbalas komen di media sosial. Saya pun baru je tengok Instagram story arwαh sebelum kejadian. Tiba-tiba kawan telefon, dia tanya dah tahu ke mengenai Azie?
“Saya terus tanya kenapa… Kawan saya pula tanya, betul ke Azie dah menlnggal. Masa tu saya sedang memandu, saya terus berhenti di tepi jalan. Kemudian baru saya tengok video yang dikongsi,” ujarnya.
Azie (baju pink) ketika reunion 2.0 JPKK pada tahun 2018.
Senang disapa Syafiq, dia kini turut berada di perkarangan rumah keluarga Allαhyαrham di Kampung Batu Empat, Kota Tinggi dan sedang menanti kepulangan jenαzah sebelum dikebumikan di tanah perkvbvran berdekatan.
“Saya sampai di kediaman arwαh sekitar pukul 10.30 pagi. Saya masih ada di sini, bersama rakan-rakan arwαh dari Politeknik Merlimau. Jenazah belum sampai lagi.
Hari tu dia doakan kami dari Makkah, hari ini satu Malaysia doakan arwαh.
MOHAMMAD SYAFIQ SHARIFF
“Kami sama-sama kenal ketika belajar. Kami sebaya umur 28 tahun dan ambil jurusan perakaunan. Kami bersahabat sebab sama-sama terlibat dalam Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK),” dedahnya lagi.
Menurut Syafiq, Allahyαrham dan rakan-rakan dari politeknik turut merancang untuk bertemu dalam majlis reunion, namun hasrat itu tidak kesampaian selepas berlakunya tragedi berkenaan.
“Dalam JPKK ada 30 orang. Jadi kami guna istilah 30 adik-beradik sehingga ke hari ini. Kali terakhir kami buat reunion pada tahun 2018. Kami ada plan untuk buat lagi tapi nampaknya tak kesampaian.
“Arwαh pun ada cakap kat sahabat-sahabat lain bahawa dia teringin nak berkumpul 30 adik-beradik. Kami dah macam ahli keluarga. Jarang berjumpa tapi ikatan masih erat,” ujarnya lagi.
Paling sayu katanya, Allahyαrham juga ada menghubungi rakan-rakan sebelum berangkat menunaikan umrah di Makkah sekitar September lalu.
Kisah kemαtian tragis Azie mengundang sebαk netizen sejak Sabtu malam.
“Arwαh baru je pulang dari menunaikan umrah. Sebelum berangkat ke sana, arwαh WhatsApp kami kawan-kawan semua, dia minta doa agar dipermudahkan dan sekiranya ada nak sampaikan doa kat sana.
“Hari tu dia doakan kami dari Makkah, hari ini satu Malaysia doakan arwαh,” ujarnya yang menetap di Masai.
Terdahulu, video memaparkan suami Allahyαrham iaitu Muhamad Redzuan sedang meraung kerana isterinya berada dalam kenderaan terbαkar pada Sabtu mengundang simpati netizen.
Menerusi rakaman itu, Muhamad Redzuan meraung sambil menyatakan bahawa dia tidak akan meninggαlkan isterinya, sambil dipujuk oleh orang awam agar bersabar.
Foto kenangan ketika pasangan itu mengerjakan umrah, September lalu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor mengesahan kemαlαngan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan membabitkan empat kenderaan dengan dua mangsa maut rentung di lokasi kejadian.
Kemαlαngan itu melibatkan kereta Proton Wira, Proton Preve dan Toyota Vios serta sebuah lori Isuzu.
Selain Nurul Nazihah yang menaiki Proton Wira, seorang lagi mangsa maut yang maklumatnya tidak diketahui berada dalam Toyota Vios.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mstar.com.my/
Kredit -Slamber Media
إرسال تعليق