Tidak lama selepas berita perkahwinannya tular di media sosial, timbul pula dakwaan mengatakan Azwan Omar yang terkenal dengan gelaran ‘Abang Viva’ bernikah tanpa pengetahuan keluarga.
Dakwaan tersebut hangat diperkatakan selepas status dimuat naik oleh kakak Azwan sendiri di Facebook (kini sudah dipadam) mendapat perhatian warganet.
ARTIKEL MENARIK:Abang Viva dah kahwin! Isteri dedah mulanya ‘jadi orang tengah’, hubungan on-off sebelum dilamar ketika live
Menerusi status itu, wanita bernama Fauziyah terbabit ‘berterima kasih’ kepadanya kerana mengabaikan mak, ayah dan keluarga mereka.
Azwan bagaimanapun telah tampil memberi penjelasan pada hari yang sama iaitu malam tadi berkenaan tudvhan yang dilemparkan kepadanya.
Jelas Azwan, dia sebenarnya telah bernikah pada 14 Oktober lepas secara diam-diam namun bukanlah tanpa pengetahuan keluarga.
Malah katanya dia telah memaklumkan tentang hal tersebut kepada ayah dan ibunya beberapa kali sebelum ini. Dia turut menunjukkan screenshot nota ucapan selamat pengantin baru daripada ibunya sendiri bertarikh 13 Oktober, sehari sebelum pernikahan berlangsung.
Saya nikah memang dengan pengetahuan ibu dan ayah. Selepas berkahwin juga saya berhubungn dengan ibu pada 16 Oktober. Kesimpulannya, saya sudah maklumkan ayah saya 3 kali dan 5 kali untuk ibu saya.”
Azwan kemudian menjelaskan bahawa kedua orang tuanya tidak bersetuju dengan calon yang menjadi pilihan iaitu kini isterinya yang sah, Evanoza Zakaria.
Menyedari ada yang mempersoal mengapa perkara itu tidak dibincang sesama keluarga dan menggunakan media sosial, Azwan berkata dia telah ditendang keluar dari groupWhatsapp keluarga sekitar Mei lepas.
Dia dibuang dari group tersebut oleh kakaknya sendiri ketika sedang sibuk dengan misi banjir di Baling, Kedah sekitar Mei-Jun lalu.
Sekadar info, Azwan berkata dia terpaksa mempercepatkan pernikahan yang dirancang diadakan pada Disember depan kerana beberapa faktor termasuklah cuaca tidak menentu dan risiko berdepan banjir.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: beautifulnara
Kredit -VIRALKAMIPRESS
-
إرسال تعليق