PENYAMPAI radio Linda Onn terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM103.18 apabila pelanggan yang menikmati hidangan di restoran miliknya, My Mom Chicken Rice cawangan Ampang tidak membuat pembayaran pada Sabtu lalu.
Linda atau Rozlindah Onn berkata, dia tidak menyedari pelanggan berkenaan tidak membuat pembayaran kerana kejadian berlaku ketika restoran berkenaan dipenuhi pelanggan. Ketika dihubungi, Linda menjelaskan perkara seumpama itu bukan pertama kali sebaliknya sudah berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan sepanjang menjalankan restoran makanan.
ARTIKEL MENARIK:Plakon AnnaJbling Tmpil Britahu SiapaIndvidu Di Sbelahnya Sbab Ada Ntizen K0men Yng BkanBkan
“Sebenarnya memang pernah berlaku, seperti pelanggan datang, kemudian tidak bayar.
“Tetapi ada juga yang tidak bayar kemudian mereka datang balik kerana mereka memang terlupa,” katanya.
Bercakap mengenai insiden itu, Linda berkata, dia menyedari hal itu selepas sistem tidak merekodkan pelanggan tersebut sudah menjelaskan bayaran.
“Nak dijadikan cerita, sistem kami nak masukkan bil meja tersebut, tetapi catatan merekodkan pelanggan masih ada, maksudnya pembayaran belum dibuat.”Apabila staf saya melihat meja berkenaan, ternyata ia sudah kosong dan tiada pelanggan,” jelasnya.
Linda berkata, dia kemudiannya bertindak memeriksa rakaman litar tertutup (CCTV) dan melihat sebuah keluarga bersahaja meninggalkan meja tersebut.
“Ketika kami lihat pada rakaman CCTV, memang seluruh keluarga di meja itu satu persatu meninggalkan meja.”Saya pun saja je nak muat naik di instagram, andai kata mereka terlupa mungkin akan berpatah balik dan buat pembayaran.”Tetapi kalau mereka betul-betul terlupa dan tidak ingat, tidak mengapalah saya halalkan,” katanya.
Linda turut berkongsi terdapat rakan-rakan yang menasihatinya untuk menukar servis bayar dahulu sebelum pelanggan menikmati hidangan.
Namun, personaliti ini berkata dia sudah memperkenalkan sistem bayaran itu sedekad yang lepas tetapi mendapat maklum balas negatif daripada pelanggan.
“Sebenarnya 10 tahun lalu saya sudah menggunakan sistem bayar dahulu sebelum makan yang kini menjadi trend di restoran makanan.”Pada ketika itu kami menerima banyak aduan mengatakan sistem ini menyusahkan kerana restoran-restoran lain semuanya makan dahulu baru bayar.”Jadi, saya pun menukar semula sistem tetapi lain pula jadinya apabila ada pelanggan yang tidak bertanggungjawab melarikan diri sebelum membayar,” ujarnya.
Dalam pada itu, Linda sempat mengingatkan kepada pelanggan tentang isu halal haram lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan makanan.”Saya mudah sahaja, ini berkaitan tentang isu makanan yang menjadi darah daging.”Bagi saya jika benar-benar mereka terlupa, ikhlas dari saya memang saya halalkan. Tetapi kalau disengajakan itu urusan dia dengan Allah SWT,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Linda memaklumkan bahawa seorang individu telah hadir untuk membayar bil tersebut dan menanggap isu itu telah selesai.
Sumber : mStar
Kredit -Bulletin 50 Times.
إرسال تعليق