Sedia berkahwin… Da’i Syed dedah status hubungan dengan pengacara TV Al Hijrah, Hana Ismail

SEDANG mengenali hati budi! Itu jawab pendakwah selebriti Da’i Syed apabila ditanya mengenai status hubungannya dengan pengacara stesen televisyen Al Hijrah iaitu Hana Ismail.

Sedia berkahwin… Da’i Syed dedah status hubungan dengan pengacara TV Al Hijrah, Hana Ismail



Berdoa agar urusannya dipermudahkan, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal, 27, bagaimanapun enggan terlalu terbuka bercerita mengenai hubungan itu kerana bimbang tidak menjadi seperti dirancang.

ARTIKEL MENARIK:“Ambil dan jaga ayah apabila sudah tua” – Ziana Zain tak mahu anak-anak jadi derhaka dengan bapa kandung


“Terpulanglah pendapat orang ramai hendak menilai hubungan kami. Saya hanya minta doakan yang terbaik agar dipermudahkan segala urusan.

“Buat masa sekarang saya tidak boleh bercakap lanjut lagi. Takut nanti apa yang dirancang tidak menjadi. Jika ada berita baik ke arah hubungan yang lebih serius saya akan beritahu,” katanya

Syed berkata demikian ketika ditemui di Majlis Malam Selebriti & Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan di Hotel Le Meridien, Putrajaya pada Jumaat.

Baru-baru ini tular foto memperlihatkan Syed dan Hana bersama kedua ibu mereka dalam sebuah majlis.

Mengulas mengenai foto tersebut, Syed menjelaskan ia hanyalah pertemuan dua keluarga untuk mengenali lebih lanjut antara satu sama lain.

“Majlis itu adalah pertemuan antara dua keluarga untuk kenal lebih lanjut. Keluarga juga tidak ada masalah untuk kami melangkah ke fasa seterusnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syed juga berkata dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan berharap perancangan ke arah itu akan berjalan lancar.


Berkongsi detik perkenalan dengan personaliti TV itu, Syed memberitahu dia mula mengenali Hana dua minggu sebelum pertemuan antara dua keluarga itu.




“InsyaAllah saya sudah bersedia untuk kahwin. Biarlah kami berkenalan dahulu. Kalau sudah confirm nanti pasti saya akan kongsikan,” jelasnya.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Syed bakal tampil dengan sebuah rakaman selawat berjudul Waqtu Sahar selain drama lakonan iaitu Terima Kasih Cinta akan ditayangkan bermula November ini.Sumber:mStar



Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم