Ibu Disahkan Covid-19, Siti Nurhaliza Mohon Doa Dari Semua

Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi berita sedih memaklumkan ibunya iaitu Siti Salmah Bachik, 70, disahkan positif Covid-19.

Ibu Disahkan Covid-19, Siti Nurhaliza Mohon Doa Dari Semua



Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 43, berkata dia menerima perkhabaran itu sebaik selesai mengadakan persembahan di Music Of The Soul: An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza x Dato’ Awie pada malam Sabtu.

ARTIKEL MENARIK:“Hidup Kita Macam Roda”-Selagi Sihat Dan Boleh Bergerak, Mak Jah Akan Terus Berlakon


“Balik tengok handphone, dapat berita mak kena Covid. Dapat cakap dengan mak baru lega,” tulisnya di Instastory.

Menurut penyanyi ini, ibunya tidak mengalami simptom teruk kecuali sakit badan dan batuk.


Dalam pada itu, Siti turut memohon peminat untuk mendoakan kesembuhan ibu tercintanya itu.

“Mak cuma sakit badan sikit dan batuk tak teruk. Alhamdulillah.




“Ya Allah, jagakan Wali keramat saya. Doakan Mak Salmah segera sembuh, mak kuat,” katanya.


Pada malam Sabtu, Siti menjayakan persembahan amal khas yang dibawakan oleh Yayasan Nurjiwa di Plenary Hall, KLCC.

Siti menyampaikan 17 buah lagu menerusi empat segmen termasuk lagu duet Baldu Biru dan Pantun Budi bersama penyanyi terkenal, Awie.Sumber:mStar


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم