“Belum tenggelam, percaya rezeki”- 7 tahun menyepi pemergian ibu, Johan ingin bangkit semula

Sudah bertapak 12 tahun dalam industri hiburan tanah air, pelakon Johan As’ari masih dianggap relevan meskipun kemunculannya bak tenggelam timbul.

“Belum tenggelam, percaya rezeki”- 7 tahun menyepi pemergian ibu, Johan ingin bangkit semula



Mengakui pengalaman yang dilalui mendewasakannya, aktor berusia 36 tahun itu selesa menjalani kehidupan tanpa terlampau aktif dalam media sosial seperti artis lain, sebaliknya, ingin kembali fokus kepada bidang lakonan.

ARTIKEL MENARIK:Ibu Disahkan Covid-19, Siti Nurhaliza Mohon Doa Dari Semua


Percaya kepada rezeki Allah, Johan berkata, sepanjang tujuh tahun menyepi dalam dunia hiburan sejak kematian ibunya pada 2015, dia ingin bangkit kembali. Percubaan itu menjadi dengan kemunculannya dalam filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

“Saya percaya kepada rezeki dan diri saya. Alhamdulillah, nak kata tenggelam itu, saya lebih kepada kurang guna media sosial sedangkan platform itu sangat penting pada masa kini.

“Umum tahu saya senyap kontroversi sejak kematian ibu pada 2015. Walaupun sudah tujuh tahun, saya gembira dengan cara ini. Alhamdulillah, saya tiada rasa depresi atau tekanan.

“Kalau orang kata saya sekarang sudah tenggelam, saya tetap percaya rezeki masih lagi utuh dalam lapangan seni. Tidak pernah terlintas rasa ‘down’ malah tetap semangat.

“Saya percaya masih relevan dalam industri seni tanah air,” katanya ketika ditemui ketika ditemui di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.


Enggan memikirkan mengenai pelbagai isu sensasi yang pernah dicipta, suatu ketika dahulu, Johan yang pernah popular dengan watak Botak dalam drama rantaian televisyen (TV), Juvana berkata, semua kontroversi itu mematangkannya.



Menyifatkan k0ntr0versi yang timbul adalah lebih kepada elemen percintaan, Johan yang pernah dikaitkan dengan beberapa aktres memberitahu, mahu fokus kepada kerjaya. Namun, ketika ini, Johan mengaku sedang mengenali hati budi seseorang.

“Pengalaman lalu mematangkan saya pada hari ini. Saya tak berani nak kata apa-apa khususnya berkaitan jodoh selagi belum sampai waktu atau seru untuk diberitahu.

“Tetapi untuk menyatakan ada seseorang yang sedang saya kenal hati budi, itu saya suka nak kongsi. Si dia bukan terbabit dalam dunia hiburan,” katanya.

Selain semakin aktif untuk kembali kepada arena lakonan, Johan kini bersama pelakon Datuk Adi Putra membantu jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan giat menjelajah beberapa negeri termasuk Kelantan.

Dalam perkembangan terbaru, aktor yang pernah merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Anugerah Skrin pada 2016 ini sedang menjalani penggambaran telefilem berjudul Siluman Rimba.

Naskhah itu ditujukan buat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Untuk watak badan beruniform, ini bukan pertama kali. Tetapi kelainan kali ini adalah saya diberi peluang menjadi hero.

“Rasa sangat bertuah dan Insya-Allah telefilem ini akan mula ditayangkan tahun depan,” katanya.

Dilaporkan pernah belajar di sekolah pondok Pesantren As-Syuhada, Jambi, Indonesia selama setahun ketika berusia 20 tahun.

Selain Juvana, antara drama popular lakonannya adalah Karlos, Kifarah 2, Istidraj Cinta dan Jejak Karmila.Sumber:HM


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم