lNNALILLAH..Nad Zainal Ditldurkn, Ungku Ismail k0ngsi perkembangan pagi ini

Pelakon Nad Zainal terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri.

lNNALILLAH..Nad Zainal Ditldurkn, Ungku Ismail k0ngsi perkembangan pagi ini



Perkara tersebut dimaklumkan rakan baiknya, Aina Liza kepada Kosmo! Online! menerusi satu pesanan WhatsApp sebentar tadi. “Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.

ARTIKEL MENARIK:Penampilan Neelofa Berskirt Nampak Bentuk Kaki Ditegur Netizen, “Lain Macam Eh Fesyen Purdah…”


“Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey,” kata Aina.

Sementara itu, seorang lagi rakan baik Nad yang juga pelakon, Ungku Ismail Aziz memohon doa orang ramai agar Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin diberikan kesembuhan.

“Saya pohon doa-doa semua buat Nad Zainal yang dimasukkan ke wad ICU (semalam) disebabkan jangkitan kuman di paru-paru. “Beberapa prosedur telah dilakukan dan menurut doktor yang merawatnya keadaannya stabil tapi keadaannya tidak berapa okey. Mohon doa ya semua. Allahumma Yashfiihaa,” coretnya menerusi Instastory.


Malam tadi, Kosmo! melaporkan Nad, 32, dimasukkan ke ICU hospital swasta berkenaan selepas dua hari keadaan kesihatannya tidak begitu baik barangkali disebabkan simptom Long c0vld.

“Saya pun tak dapat nak kongsikan lebih lanjut mengenai keadaannya, sebab dia berada di ICU. Nak melawat dia pun tak boleh sekarang ini. “Selain risaukan dia , saya juga bimbangkan anak-anaknya yang kini dijaga oleh pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Shahrulezad, dia memohon peminat dan orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Nad supaya cepat sembuh dan kembali sihat. “Kami sebenarnya serba salah nak promosikan drama kami yang bakal ditayangkan di Astro Ria memandangkan keadaannya (Nad) yang tidak mengizinkan ketika ini.




“Tapi, saya bersama rakan selebriti serta pasukan produksi berikhtiar dengan melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin supaya dia kembali sihat serta mendoakan yang terbaik untuknya. “Dua minggu lepas dia ada berjumpa dengan saya. Ketika itu, keadaan dia okey saja, cuma nampaklah wajahnya sedikit letih dan stres. Tak sangka pula dia sedang menanggung kesakitan dan rasanya dia pun tak tahu mengenai penyakitnya itu,” katanya.


Terdahulu, pelakon gandingan Nad dalam drama Cina Buta, Ungku Ismail menerusi Instagram Story miliknya memohon orang ramai mendoakan keadaan ibu tunggal dua anak itu yang kini dirawat di ICU. Sumber Hmetro.


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم