Tak salah Zahid jadi PM jika bebas kes mahkamah, kata MIC

Calon BN parlimen Batu, A Kohilan Pillay berpendapat bahawa adalah tidak salah jika Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi diangkat sebagai perdana menteri sekiranya BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang dan dirinya bebas daripada segala pertuduhan di mahkamah.

Tak salah Zahid jadi PM jika bebas kes mahkamah, kata MIC



Selain itu, Kohilan yang juga adalah naib presiden MIC, ini akan menjadi kenyataan sekiranya majoriti ahli parlimen bersetuju melantik dia sebagai perdana menteri.

ARTIKEL MENARIK:Hampir setahun nenek ‘pergi’, cucu kesayangan pula menyusul… Cerita kebaikan arw4h und4ng seb4k pasukan urus jen4zah


Katanya, tidak seperti Pakatan Harapan (PH), calon perdana menteri bukan fokus utama BN.

"Kita tak perlu terlibat dalam permainan menentukan siapa perdana menteri. Objektif utama kita adalah menentukan kerajaan yang terbaik.

A Kohilan Pillay

"Misalnya di PKR, ramai kata Anwar (Ibrahim) bakal PM, tapi apa akan berlaku jika dia kalah di Tambun? PH tidak ada alternatif lain pilihan kedua dan juga ketiga.

"Sebab itu saya kata pengundi kena fikir kerajaan mana yang boleh membawa kestabilan yang dikehendaki rakyat," katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian ketika ditanya dakwaan pembangkang dan PN bahawa satu undi kepada BN merupakan satu undi kepada Zahid untuk menjadi PM.

Kohilan berkata BN mempunyai ramai pemimpin yang layak dilantik sebagai perdana menteri.








"Dalam BN, kita mempunyai Ismail Sabri Yaakob sebagai calon PM seperti telah dipersetujui di dalam Majlis Kepimpinan Tertinggi Umno dan BN, kita juga ada Tok Mat (Timbalan Presiden, Mohammad Hasan) dan Ahmad Zahid dan sesiapapun boleh jadi PM.

"Dalam kes mahkamah nanti jika (Ahmad Zahid) dibebaskan, dan jika Zahid diangkat sebulat suara (calon presiden parti dalam pemilihan parti Umno) dan diletakkan sebagai presiden parti sekali lagi, maka dialah PM dan itu tak salah.

"Lagipun, jika seseorang PM tidak disukai rakyat, akan datang PM lain," katanya.

Sebelum ini, Umno kekal dengan keputusan melantik Ismail Sabri sebagai perdana menteri jika BN menang PRU15.

Zahid yang juga pengerusi BN berkata, dakwaan bahawa dia mahu menjadi perdana menteri jika BN menang adalah usaha untuk memecahbelahkan gabungan itu.

Namun, kata Zahid lagi, kuasa melantik perdana menteri tetap merupakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong mengikut perkara 40 (1)(B) Perlembagaan Persekutuan.

Penganalisis politik juga berpendapat kedudukan Ismail Sabri sebagai poster boy BN bukan jaminan bahawa dia akan dilantik semula ke jawatan itu selepas PRU15.


Kredit -Malaysiakini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم