Biarpun rumah tangga sedang bergolak, pelakon Sharifah Sakinah menyatakan dia masih sayang dengan suami, Michael Hensen.
Masih cinta
Menurut Sakinah, dia berkemungkinan akan kembali ke pangkuan Michael tetapi bukan dalam masa terdekat. Kata aktres berumur 33 tahun ini, dia dan Michael mempunyai tanggungjawab untuk menjaga anak-anak hasil perkahwinan terdahulu.
ARTIKEL MENARIK:Mahu terus ‘lawan’ A. Aida, Amelia Henderson yakin tidak bersalah…Hormat keputusan Idris Khan
Saya tak kata ini pengakhiran! Saya mungkin kembali kepadanya (I might come back to him). Tetapi bukan sekarang kerana anak-anak masih kecil. Sebab itu kami tidak boleh duduk serumah.
Dia (Michael) punya budaya kena jaga anak walaupun dah bercerai. Seminggu anak dekat bekas isteri, seminggu kemudian dengan dia. Kalau dia pindah sini, dia kena bawa bekas isteri dan anak.
Kami tidak mahu drama seperti itu. Tak apa, kalau kami ada jodoh, mungkin bukan sekarang tetapi mungkin 10 tahun lagi, saya akan kembali dekat dia. Saya masih cintakan dia. Saya cuma tak nak hubungan jarak jauh.
Penat tau! Bila awak memerlukan dia di rumah tetapi dia tak ada. Tenaga dah habis dekat situ. Saya nak gembira. Nak fokus dengan kerja. Ini asyik marah saja.
Bukan bercerai!
Kata pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, gara-gara konflik ini dia terpaksa melupakan keinginan untuk menimang cahaya mata lagi.
Kami tak boleh nak ada anak. Saya memang nak anak tetapi tak boleh macam ini. Dia bukan sejenis lepas tangan selepas saya dah melahirkan anaknya. Dia nak jaga anak sebab dia seorang bertanggungjawab.
Dalam pada itu, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka The Series menegaskan status mereka masih sebagai pasangan suami isteri.
Tahun pertama dan kedua, kami survive. Tahun ketiga saya rasa memang rasional untuk kami berpisah sekejap. Bukan bercerai tetapi berpisah (separate).
Tetapi kalau saya jumpa lelaki lain, saya akan minta cerai. Sebab saya tak nak nanti ada mulut lain bercakap.
Pada Februari lalu, Michael dan Sakinah mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020.
Terdahulu, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha, 5.
Sumber: TikTok @Kosmoonline
Kredit -
إرسال تعليق