Kuat dan cekalnya hati seorang ibu meskipun dia perlu bersendirian membesarkan anaknya tanpa kelibat sang suami di sisi.
Semalam, tular di media sosial memaparkan seorang ibu yang bekerja sebagai rider penghantar makanan sambil membawa anaknya yang merupakan OKU buta kekal.
ARTIKEL MENARIK:Demi Sesuap Nasi,Ibu 4 Anak Sanggup Panjat Bangunan Untuk Pasang Pendingin Hawa
Perkongsian tular itu meruntun jiwa warganet yang melihat kecekalan wanita bernama Azimah Rahim untuk membesarkan anaknya.
UEL ziarah, hadiahkan kereta
Kisah yang tular itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew yang mengambil inisiatif untuk menziarahi akak Azimah Rahim.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, UEL mendedahkan bahawa dia telah menghadiahkan Azimah sebuah kereta bagi memudahkan urusannya untuk bekerja dan menghantar makanan.
Hadiahkan kereta buat ibu tunggal Azimah Rahim yang tular kerja menghantar makanan sambil mengendong anak OKU buta.
Menangis akak terharu dalam kereta hadiah untuknya sambil peluk anaknya dan kata, ya Allah anak rezeki kita. Tak sangka dapat rezeki begini.
Tambah Ebit Liew lagi, pihaknya juga telah mencari sebuah rumah sewa buat Azimah dan telah membayarkan sewa bulanan rumah buat ibu tunggal tersebut sejak 11 bulan yang lalu.
Syukur pada Allah , 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah akak ini dan anak kecilnya sehingga kini.
Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Ustaz Ebit Liew kerana sering menjadi antara yang terpantas dalam membantu membela nasib mereka yang dalam kesusahan.
Terbaiklah UEL, sentiasa ada untuk membantu mereka yang memerlukan.
Kredit: Instagram Ustaz Ebit Liew
Kredit -Oh! Media.
إرسال تعليق