Pasangan kekasih diberkas pecah masuk sekolah, pejabat dan surau

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan pasangan kekasih yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah masuk sekolah, pejabat dan surau di bandar raya ini, di sini, semalam.

Pasangan kekasih diberkas pecah masuk sekolah, pejabat dan surau



Suspek lelaki tempatan berusia 22 tahun bersama kekasihnya berusia 25 tahun dicekup kira-kira pukul 7.30 malam di sekitar kawasan Bandar Baru Permas Jaya, di sini.

ARTIKEL MENARIK:Tanah Runtuh Genting Highland: 37 Mangsa Berjaya Diselamatkan Setakat Ini



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh guru Sekolah Agama di kawasan Taman Mount Austin, di sini pada awal bulan ini yang mendakwa sekolah itu telah dipecah masuk.

“Dua suspek itu ditahan bersama beberapa barang rampasan iaitu enam beg galas pelbagai jenama, LCD projektor, tujuh kad ATM, empat telefon bimbit, empat jam tangan, spanar, pemutar skru dan gunting.

“Penahanan pasangan kekasih ini telah berjaya menyelesaikan 10 kes jenayah yang lain melibatkan kes pecah surau, kes pecah sekolah tadika, kes pecah pejabat dan kes samun,” katanya di sini hari ini.






ANTARA barang rampasan yang dirampas polis susulan penahanan pasangan kekasih yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah masuk sekolah, pejabat dan surau di sekitar Johor Bahru, Johor.

Raub berkata, hasil semakan rekod jenayah mendapati suspek lelaki terbabit mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala suspek wanita mempunyai satu rekod kes dadah.

“Polis sedang mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kes berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.

-----------------------------------------------------------------


Post a Comment

أحدث أقدم