“Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga, tiada maaf bagimu” – Ibu Syamsul Yusof

Kemelut melanda pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan isteri Puteri Sarah Liyana sehingga kini masih lagi belum selesai.

“Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga, tiada maaf bagimu” – Ibu Syamsul Yusof



Melihat apa yang terjadi kepada perkahwinan anaknya yang masih dilanda badai, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail ada menulis luahan terbaru.

ARTIKEL MENARIK:Mahkamah: Cik Man didakwa lagi amang seksual terhadap remaja lelaki


Ini bukan kali pertama Datin Patimah menulis apa yang terbuku di hatinya. 

Menerusi satu entry di laman IG, isteri kepada Datuk Yusof Haslam ini ada mengatakan dia tak akan maafkan mereka yang telah memecah belahkan ataupun menghancurkan rumah tangga seseorang. 

“Runtuhkan kebahagiaan sesebuah family, tiada maaf buat mereka ini.” Tulis Datin Patimah diiringi bunyi latar belakang yang agak sayu.


Sebelum ini, sempena tahun baru 2023 ini, Syamsul Yusof ada buat satu kenyataan bahawa dia akan mengakhiri semunya tak lama lagi. 

Jelas pengarah filem Mat Kilau ini, dirinya pun dah penat dengan semua yang melanda dan mahu semuanya berakhir. 




“Saya akan beri titik noktah kepada semua hal ini. Dah tiba masanya saya bersuara tentang hal ini. Saya pun dah penat dan saya juga percaya netizen pun letih. 

“Bezanya nanti, penjelasan saya itu tidak sama dengan apa yang dibuat oleh isteri saya, Puteri Sarah. Saya tak mahu buka cerita yang mengaibkan sesiapa.” 

“Di dalam masa terdekat, saya akan leraikan satu persatu kepada umum supaya semua persoalan ini, semua akan temui titik noktah.” 

Melihat suaminya ada memberi kenyataan, Puteri Sarah Liyana tidak berdiam diri dan terus saja memberi respon. 

Puteri Liyana Sarah dilihat telah mempersoalkan suaminya itu yang baru keluar dari gua. 

“Baru keluar gua, tapi masih lagi nak play vctim.” Tulis Puteri Sarah.

Untuk info, Puteri Sarah Liyana dan anak-anak kini berada di luar negara untuk bercuti dan menenangkan diri. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : NT


Kredit -Komedi Media


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم