Pasangan kekasih didakwa bunuh kanak-kanak 4 tahun

BATU PAHAT – Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dalam kejadian di sebuah rumah Felda Semenchu, Teluk Sengat, Kota Tinggi dekat sini, Disember tahun lalu.

Pasangan kekasih didakwa bunuh kanak-kanak 4 tahun



Tertuduh, Mohamad Izwan Mahmood, 25, dan buah hatinya seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

ARTIKEL MENARIK:Tanah runtuh: Mayat lelaki berpelukan seekor anjing dijumpai di Sektor B


Tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan kedua-dua tertuduh secara bersama dengan niat telah membunuh seorang kanak-kanak lelaki dengan panggilan Lokman.

Perbuatan itu dilakukan di Felda Semenchu, Teluk Sengat antara pukul 8 pagi hingga 2 petang pada 10 sehingga 23 Disember lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 22 Februari ini sebagai sebutan semula kes.




Sementara itu, Mahkamah Sesyen di sini, kakak kandung kepada mangsa, Nurul Natashah Danial@Zainal, 20, yang dipertanggungjawab menjaga kanak-kanak itu didakwa telah menganiaya Lokman sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman.

Perbuatan itu, didakwa dilakukan di sebuah rumah Jalan Kampung Sri Pantai Senggarang di sini antara November dan Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunos manakala tertuduh diwakili peguam, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Tan Song Yan.

Hayatul Wirdah memohon mahkamah memberikan satu tarikh kepada Song Yan untuk mengemukakan permohonan jamin di Mahkamah Sesyen.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 12 Januari ini bagi Mahkamah Sesyen mendengar permohonan jamin dan sebutan semula serta serahan dokumen pada 26 Januari.

Terdahulu, pada 26 Disember lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru selepas pengsan di sebuah rumah di Senggarang.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilapor mengesahkan punca kematian kanak-kanak malang itu akibat hentakan objek keras dan tumpul. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم