Foto Genggam Tangan Isteri ‘Hilang’ Dari IG Hafidz Roshdi, Shuhada Harap Diri Tabah

Selepas beberapa jam berita mengenai penceraiannya dengan pelakon Hafidz Roshdi heboh diperkatakan, Nurul Shuhada telah memuat naik sebuah hantaran motivasi dipercayai ditujukan untuk dirinya.

Foto Genggam Tangan Isteri ‘Hilang’ Dari IG Hafidz Roshdi, Shuhada Harap Diri Tabah



Menerusi hantaran di Instagram (IG) Story, Nurul Shuhada menambah tulisan seperti sedang memujuk dirinya sendiri supaya dua dan anak-anak sentiasa dilindungi Allah SWT.

ARTIKEL MENARIK:Adik Ipar Hafiz Roshdi Dedahkan Bagaimana Abang Ipar Dia Lafazkan Cerai Dan Ketika Dia Berada Dimana




“In shaa Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka buatku dan anak-anak…Amin yamujib,” tulisnya.

Selain itu, menerusi hantaran lain Nurul Shuhada turut berkongsi hantaran daripada kaum hawa yang memberikan sokongan moral kepadanya.







Nurul Shuhada turut mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Dalam pada itu, BOOM! sempat meninjau akaun IG Hafidz dan mendapati foto ‘genggaman tangan’ telah hilang daripada laman sosial tersebut.

Manakala, ruangan komen pula terus-menerus dihujani kecaman daripada warganet.

Terdahulu, laporan media menyebut Hafidz telah pun menceraikan Nurul Shuhada talak satu, bersaksikan ahli keluarga.


Bagaimanapun sehingga kini, usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada pelakon tersebut menemui jalan buntu. – BOOM!


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم