Netizen Puji Cara Fizo Omar Respond Komen Bekas Isteri, Mawar Karim Yg Beritahu Kehidupan Dulu Banyak Dipergunakan

INGATKAN bila masing-masing dah bawa haluan sendiri, selesai dah masalah. Hidup dengan aman dan tenang.

Netizen Puji Cara Fizo Omar Respond Komen Bekas Isteri, Mawar Karim Yg Beritahu Kehidupan Dulu Banyak Dipergunakan



Tapi timbul pula dakwaan ada ‘drama’ sindir menyindir. Sebelum ini kecoh bila usahawan Mawar Karim dikatakan menyindir bekas suaminya Fizo Omar.

ARTIKEL MENARIK:Ramai Terkejut Bila Zarina Anjoulie Tiba Tiba Putus Tunang. Ini Kata Kata Anju Selepas Berita Itu Tersebar


Dalam sindiran tersebut, Mawar memberi bayangan seolah-olah duitnya banyak habis disebabkan lelaki itu.

mawar karim 4

Enggan berdiam diri, Fizo kemudiannya memuat naik satu hantaran yang ditebak netizen sebagai jawapan balas terhadap kenyataan Mawar.

Dalam perkongsian tersebut, Fizo meluahkan rasa syukur atas kebahagiaan dan kesihatan yang baik dari Allah SWT.

Di akhir hantaran tersebut, sempat pula Fizo meletakkan nota kaki apabila memberitahu rezeki yang dia peroleh datang dalam pelbagai bentuk termasuk ‘fitnah’.

“Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk. Fitnah pun adalah satu rezeki. Rezeki ujian yang akan memberikan kekuatan,” katanya.








Dalam ruangan komen ramai peminat yang memberikan kata-kata semangat kepada Fizo.

Malah mereka juga sokong Fizo tak ada pun guna duit Mawar memandangkan hidupnya kini mewah walaupun dah bercerai dengannya.

“Teruskan positif abang Joe (panggilan Fizo),” ujar peminatnya.

“Abaikan. Semoga abang Fizo terus berjaya,” pinta seorang pengikutnya.

Diva sebagai seorang pemerhati harap-harap selepas ini tak ada lagilah cerita balas membalas kenyataan.

Untuk rekod Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Mereka kemudian bercerai selepas Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar di Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Kemudian pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober 2021.

Mereka memiliki seorang cahaya mata, Wan Khaleeda yang baru berusia tujuh bulan dan Fazeera kini sedang hamil anak kedua.

Selepas penceraian itu Mawar pula dikatakan hidup bermadu selepas berkahwin dengan ahli perniagaan bergelar Datuk sekitar awal tahun lalu dengan majlis diadakan di Bukit Tinggi, Pahang.

Dia bagaimanapun menafikan desas-desus itu.

Sumber : Kosmo Online / MSTAR ONLINE


Kredit -two.e-kesah

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم