[V] Panggilan ‘Sayang’ Di TikTok Bukan Main-main, Ubai Sahkan Bercinta Dengan Shila Amzah

Sejak semalam tular di media sosial potongan video penyanyi Shila Amzah memanggil pempengaruh, Ubai, dengan panggilan ‘sayang’.

[V] Panggilan ‘Sayang’ Di TikTok Bukan Main-main, Ubai Sahkan Bercinta Dengan Shila Amzah



Video tersebut mencetus tanda tanya ramai termasuk para peminat kedua-dua selebriti ini.

ARTIKEL MENARIK:Kenali Siapa Sophia Albarakbah, Pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan


Susulan itu, Ubai mengesahkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi lagu Memori Tercipta itu, sejak tahun lalu.


Ubai dan Shila ketika membuat siaran langsung di Tiktok.

Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, dia mula berkawan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya.

“Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014. Namun sejak tahun lepas hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai).

“Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala ujian yang dilalui.




“Tak sangka hubungan itu lama-kelamaan menjadi semakin serius dan semalam dia berkongsi mengenai hubungan kami ketika siaran langsung di TikTok,” katanya.

Menurut Ubai, pendedahan dibuat Shila pada sesi siaran langsung di TikTok adalah secara spontan selepas ‘diasak’ oleh peminat dan disaksikan lebih 13 ribu pengikut.


Ubai sudah mengenali Shila sejak 2014 lagi.

“Kami memang tidak berniat nak bercerita mengenai hubungan kami, tetapi macam mana, tiba-tiba Shila berkongsi mengenai perkenalan dan status hubungan kami.

“Sebenarnya siaran langsung itu dibuat sekadar suka-suka saja sementara tunggu Shila bersiap untuk keluar bermain badminton bersama.

“Walaupun semalam saya tak banyak cakap tapi dia adalah teman istimewa saya dan kami selesa berkawan. Malah kami banyak berkongsi persamaan.

“Buat masa ini, saya belum membawa Shila bertemu ahli keluarga lagi, tapi Alhamdulillah famili saya okey dengan perhubungan ini,” katanya. – BOOM!

Kredit -Boom! Malaysia


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم