PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi sebutan kes penceraian yang difailkan isterinya, Puteri Sarah Liyana pada pagi Selasa.
Syamsul tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi ditemani peguam dan beberapa individu dipercayai pengawal peribadinya.
ARTIKEL MENARIK:Setelah Sekian Lama, Syamsul Yusof Beri Gambaran Ini Yg Dia Rindu Keluarga
Pengarah filem The Original Gangster itu tampil mengenakan sut hitam lengkap bersongkok dan berkaca mata hitam kelihatan tenang ketika melalui petugas media yang menantikan kehadirannya di mahkamah.
Syamsul sempat menyapa petugas media dan secara berseloroh memberitahu sudah lama suaranya tidak didengari.
Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah nekad memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Syamsul di mahkamah sama.
“Assalamualaikum. Lama dah tak dengar suara Syamsul, kan?,” katanya sebelum berlalu pergi memasuki dewan mahkamah.
VIDEO:
Syamsul enggan lepaskan, Puteri Sarah dedah dipukul
Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin hari ini mendedahkan dirinya telah dipukul suaminya, Syamsul Yusuf, tiga tahun lalu.
Insiden tersebut menyebabkan wanita terbabit keluar dari rumah pada 2020.
Perkara tersebut ditimbulkan pada sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Terdahulu, peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakili Syamsul memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya enggan melepaskan Puteri Sarah Liyana kerana percaya masih ada sinar untuk berdamai.
Sehuhungan itu, Hakim Mahkamah Syariah, Akmaluddin Ilyas memerintahkan pihak-pihak melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk mencari jalan penyelesaian.
Pada 16 Januari lalu, Sarah Liyana memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah di sini atas alasan dia tidak lagi dapat hidup sebagai suami isteri dengan Syamsul kerana sudah tidak ada persefahaman antara mereka selain telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Selain itu, ibu kepada ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, juga menyatakan tekanan dan gangguan daripada pihak ketiga dan hubungan sulit Syamsul turut mendorongnya untuk memfailkan perceraian tersebut.
Permohonan tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Sebutan kali pertama hari ini juga adalah sehari sebelum ulang tahun perkahwinan kesembilan pasangan berkenaan yang jatuh pada 8 Mac 2023.
Kemuncak pergolakan rumah tangga pasangan ini berlaku apabila pada 6 Januari lalu, Syamsul mengakui sudah bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi.
Puteri Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.
Hasil perkahwinan mereka, Syamsul dan Sarah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.
Sumber : MSTAR ONLINE/UTUSAN ONLINE
Kredit -
إرسال تعليق