“Silap Saya Sorok Hal Sebenar Daripada Ibu Sebab Sarah Setiap Hari Dengan Dia” – Syamsul Yusof

Sejak kisah perselingkuhan Puteri Sarah didedahkan, ramai beranggapan aktres tersebut sangat bertuah kerana meraih sokongan padu ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail.

“Silap Saya Sorok Hal Sebenar Daripada Ibu Sebab Sarah Setiap Hari Dengan Dia” – Syamsul Yusof



Ekoran itu, Syamsul Yusof mengakui silapnya kerana tidak menceritakan hal sebenar mengenai masalah rumah tangganya kepada ibu bapa.


ARTIKEL MENARIK:“Saya Ada Bukti Transaksi” – Fatin Afeefa Nafi Abai Pendidikan Anak, Berhabis RM40K Hantar Ke Sekolah Antarabangsa




Ketika ditemui di mahkamah sebelum ini, Syamsul akui tindakannya itu silap dan andai baru sekarang hendak beritahu, ia sudah terlambat.

“Of course sebagai anak saya sedih. Walau apapun, dia tetap ibu saya.


Datin Patimah Ismail.

“Macam saya katakan tadi, mungkin silap saya tidak menceritakan kepada ibu saya hal sebenar.




“Mungkin kalau saya cerita semuanya sekali pun, benda tu dah basi dan terlalu lambat sedangkan Sarah hari-hari dengan ibu saya,” katanya.

Menurut Syamsul lagi, dia memang tidak suka bercerita hal rumah tangga kepada orang tuanya serta berharap hubungan mereka kembali jernih.

 “Of course saya sedih. Sekarang saya harapkan hanya masa saja akan jernihkan keadaan, insya-Allah. Begitu juga dengan ayah saya.

“Cuma saya jenis tak suka berkongsi hal rumah tangga walaupun mak ayah saya.

“Kalau bergaduh pun antara kami, saya takkan beritahu kekurangan Sarah ke apa ke. Saya bukan macam tu,” katanya. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم