“Beng0ng Betul Takleh Lekat Kat UK” – Azhar Sulaiman Terkejut Leona Balik Malaysia Hanya Sebab Rindu Bazar

Pelakon, Azhar Sulaiman meluahkan rasa terkejut apabila anak perempuannya yang juga pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona tiba-tiba pulang ke Malaysia.

“Beng0ng Betul Takleh Lekat Kat UK” – Azhar Sulaiman Terkejut Leona Balik Malaysia Hanya Sebab Rindu Bazar



Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Azhar menjelaskan anaknya pulang ke Malaysia kerana rindukan suasana bazar Ramdan selain ingin menyambut ibadah puasa bersama keluarga.


ARTIKEL MENARIK:Suspek kes pukul Kamal Adli tidak dibenarkan diikat jamin


Hm! Leona susah betul nak lekat dekat UK, balik dah. Nak puasa dengan kitorang, tak tahan. Aduh, kecoh betul la makcik ni.

Bukan itu sahaja, Leona turut menyatakan hasratnya untuk pergi ke bazar Ramadan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dengan menaiki motosikal.

Saya nak naik motor dan pergi bazar Ramadan. Tapi, kena naik motor, saya tak mahu naik kereta.

Dalam pada itu, pelakon berusia 51 tahun itu sempat berseloroh dengan berkata dia akan turut membawa anak sulungnya, Kasih Leia Ixora untuk duduk ditengah motorsikal.




Naik motor bertiga lah. Kasih dekat tengah, jadi sandwich.

@theazharsulaiman

Mek Leona is back at home! Bengong betul takleh lekat kat UK…

? original sound – AzharSulaiman – AzharSulaiman

Meninjau di ruangan komen, pengguna TikTok turut terhibur melihat kerenah pempengaruh berusia 21 tahun itu yang dilayan baik oleh bapanya.

Bukan itu sahaja, netizen turut terkejut apabila Leona seakan-akan tidak terkesan dengan perjalanan jauh dari United Kingdom ke Malaysia.


Kredit -beautifulnara

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم