Tidak dinafikan, ramai yang terhibur dengan perkongsian ‘content’ oleh pasangan suami isteri, Shermine Hau dan suaminya, View Chin yang kreatif apatah lagi dengan gelagat bersahaja Teha atau lebih dikenali sebagai Anak Dato.
Pun begitu, pendedahan Shermine atau Ah Moi mengenai kecurangan suaminya dengan salah seorang pekerja mereka iaitu Mira cukup mengejutkan segelintir peminat mereka.
ARTIKEL MENARIK:“Malas Nak Layan, Saya Bukan Isteri, Kakak Atau Adik Diorang” – Yuna Rahim Mohon Maaf Insiden Pakai ‘Hot Pants’
Namun, ada juga yang sudah menjangkakan perkara itu apatah lagi melihat kemesraan Mira dan View Chin setiap kali melakukan siaran langsung memasarkan produk jualan syarikat.
Shermine menerusi perkongsian di Facebook berkata, dia sudah lama menerima ingatan daripada beberapa pengikutnya di media sosial tetapi tidak mengendahkannya kerana percayakan suami dan Mira.
“Yang dulu lagi selalu bagi nasihat suruh saya hati-hati dengan perempuan tu, korang cakap betul. Tapi, selama ini saya memang percaya dorang sebab suami saya cakap ni ialah marketing strategy sebab nak ambil perhatian penonton dan biar korang kecam sebab views naik.
“Tapi rupanya saya dah salah…. Salah sebab saya percaya dengan suami yang kahwin 8 tahun,” tulisnya.
“Saya bukan tak kerja, saya kena kerja, kena jaga anak, semua adalah saya! Mira tu tau jaga anak kau ke? Kucing pun dia buang kat rumah Teha je! Dari dulu susah-susah, sekarang senang baru letak saya kat tepi? Sampi hati kau, saya ikut awak 8 tahun tau!.
“Sekarang ni saya takde apa-apa… Company pun dia ambil dah. Dia keluarkan saya punya share! Dan saya nak cakap dengan account saya kalau korang perasan ada berapa payment belum dibayar sebab VC dah ambil hampir 100k lebih untuk settle personal bayaran.
“Korang better pergi siasat sebab saya paling risau ialah nanti team saya tak dapat gaji. Saya tak nak team saya susah. Miss tak guna, tak boleh bawa awak semua. Saya memang kahwin salah orang. Saya sangat menyesal kenapa saya tak tinggalkan dia dulu,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Shermine turut berkongsi perbualan Whatsapp antara suaminya dan Mira serta video memaparkan View Chin bertindak kasar terhadapnya.
“Minta maaf mak ayah, anak dah kecewakan korang dan bagi korang risau.
“Minta maaf team saya, bos punya perangai buat korang kecewa. Saya tahu korang faham Miss, selalu ada masalah mesti cari Miss, Lain kali Miss dah tak dapat tolonglah. Korang take care, okay?
“Saya minta maaf dengan staff lama yang kena dengan VC kacau, saya tahu korang kenapa korang resign. Harap korang maaf,” katanya.
Dalam pada itu, muncul pula dakwaan yang Mira sebenarnya dah kahwin
Sementara itu, ruangan komen turut dihujani dengan kata-kata semangat daripada pengikut yang selama ini menyokong mereka. –
Sumber: FACEBOOK SHERMINE HAU-AH MOI
Kredit -
إرسال تعليق