“Buatlah Apa Nak Buat..” – Puteri Sarah Dapat ‘Green Light’ Syamsul Yusof Nak Saman Bekas Kakak Ipar

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia ada meminta pendapat bekas suami, Syamsul Yusof berkenaan hasratnya untuk menyaman bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu  Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

“Buatlah Apa Nak Buat..” – Puteri Sarah Dapat ‘Green Light’ Syamsul Yusof Nak Saman Bekas Kakak Ipar



Ujar Puteri Sarah, dia ada menghubungi Syamsul dan berbincang tentang apa yang patut dilakukannya kerana perbuatan Wiwi itu telah menjejaskan imejnya.

ARTIKEL MENARIK:“La Ingat Nikah Dah, Bercuti Sakan” – Fify Azmi Dan Nafiez Zaidi Tak Jadi Nikah, Bukan Sebab Orang Ketiga Atau Imej Seksi



Saya baru dapat tahu info tentang wanita berkenaan masih lagi bercakap tentang saya di media sosial pada hari saya baru habis tempoh edah.




Saya hubungi Syamsul dan tanya dia apa nak buat? Kita dah tak ada masalah tapi orang lain pula yang ada masalah dengan kita.

Kalau saya tak buat sesuatu, perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan imej saya, jadi Syamsul kata pada saya, awak buatlah apa yang awak nak buat, saya okay sahaja.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mendapatkan pandangan bekas ibu bapa mentuanya dan mereka turut memberikan keizinan untuk dia berbuat demikian.

Kali ini saya memang buat betul-betul (saman) dan tak akan tarik semula. Dulu saya tarik saman kerana saya dan Syamsul mencapai kata persetujuan supaya kami boleh hidup dengan tenang.

Puteri Sarah juga berkata wanita berkenaan ada menghubunginya namun tidak membalas sebarang mesej dan menyerahkan perkara itu kepada peguam kerana bimbang timbul isu yang lain pula.


Kredit -beautifulnara

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم